Bab 71

565 61 3
                                    

Bunyi tangisan si kecil membuatkan Fariz terjaga daripada lenanya.

"Shhhh nak susu ya...." Ain mendukung Khalid lalu menyingkap bajunya ke atas untuk menyusukan Khalid. Wajahnya jelas kepenatan dan mengantuk. Dia tersengguk-sengguk menahan diri daripada tertidur.

Melihat keadaan Ain yang hampir terlentok, Fariz terus duduk dan menyandarkan kepala Ain atas atas bahunya.

Terkejut Ain dibuatnya.

"Eh abang?"

Fariz senyum nipis.

"Kesian sayang, mengantuk ya..." Rambut panjang Ain disebak ke belakang sebelum dicium ubun-ubunnya dengan kasih.

"Urmmm sorry kalau sayang ganggu lena abang. Abang tidurlah ya. Sayang nak susukan Khalid kejap." Ain menunduk melihat Khalid yang sedang menyusu badan. Terukir senyuman dibibirnya. Comel.

"Takpe, kita tunggu Khalid tidur sama-sama ya." Tak sampai hati dia mahu membiarkan Ain menjaga anak mereka sendirian.

"Tapi..."

"Shhh takde tapi-tapi, kita jaga Khalid sama-sama." Fariz tetap berkeras mahu menjaga Khalid sama.

Ain mengalah. Akur sahaja kehendak suaminya itu.

"Comelnya lah budak kecik ni."

Khalid yang sedang menyusu agak terganggu apabila Fariz mencuit-cuit pipinya.

"Ish abang ni apa ganggu anak tengah menyusu. Tengok tu Khalid dah tak selesa." Ditepisnya jari Fariz agar tidak mengganggu Khalid menyusu.

Fariz mencebik.

"Sayang ni... Tak sampai satu hari Khalid dah rampas perhatian sayang dari abang. Abang pun perlukan perhatian. Perlukan belaian seorang isteri. Kurang kasih sayang lah abang lepas ni." Cemberutnya.

Otak Ain jadi bengong seketika. Apa benda Fariz melalut pagi-pagi buta ni?

"Ish abang ni mengarutlah. Takkan dengan anak sendiri nak cemburu pula?" Ain menahan diri daripada menghamburkan tawanya.

Makin cemberut wajah Fariz.

"Mana ada cemburu cuma nak ingatkan sayang je bahawa Nur Ain Nuha hanya hak milik Fariz Razemi di dunia dan akhirat sahaja. Tak boleh dimiliki oleh sesiapa selain abang okey."

Ain ketawa apabila jelas-jelas nada Fariz amat tidak berpuas hati dengan Khalid. Apa lah yang nak dicemburukan dengan Khalid yang baru sahaja keluar tengok dunia  tak sampai satu hari.

"Iyelah abang, iyelah." Dia melentokkan kepalanya atas bahu Fariz. Hilang mengantuknya apabila berbual dengan Fariz. Begitu juga dengan Fariz. Dia tidak peduli jika dia perlu berjaga sepanjang hari untuk menjaga kedua-dua insan yang dia cintai ini.

Apabila merasakan tiada sebarang gerakan daripada Khalid, Ain menundukkan wajahnya untuk melihat si kecil. Tersenyum dia melihat Khalid sudah lena.

"Abang, Khalid dah lena." Kata Ain lalu dengan perlahan-lahan, dia meletakkan Khalid di sebelahnya. Lebih tepat pengantaraan mereka berdua. Khalid berada di tengah-tengah.

Fariz baring mengiring menghadap isteri dan anak lelakinya. Aihhhh indahnya pemandangan.

Ain turut baring menghadap Khalid dan Fariz. Entah kenapa dia rasa malu pula apabila Fariz merenungnya tidak berkerdip.

Jantungnya berdegup kencang.

"Apa pandang-pandang? Nak gaduh ke?" Soalnya spontan.

Tergelak Fariz mendengarnya. Dia mengukir senyuman nakal.

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now