Bab 67

466 62 3
                                    

Malam yang dinanti-nantikan oleh para cikgu dan para pelajar telah pun tiba. Masing-masing tidak sabar mahu mempersembahkan persembahan yang telah mereka berlatih bersungguh-sungguh selama hampir dua hari ini.

"Agak-agak kita nombor berapa?" Tanya Siti sekadar ingin berbual kosong sesama mereka. Rasa berdebar lah pula.

"Entahlah tapi aku harap bukan first group. Nervous bongok." Jawab Halim. Aduh, time-time macam ni lah tiba-tiba rasa nak terberak. Aaaaaa nervous!!!

"Aku harap kita group last. Baru gempak! Biar semua macam woahhh melopong mulut tu tengok kita." Fuad mula membayangkan perkara tersebut. Perhhh gempak habis!

"Tapi kenapa kita pakai serba hitam? Serupa macam ada scene pengebumian je." Shahrul menilik pakaian mereka bertujuh. Semuanya serba hitam. Takde corak pula tu. Kosong. Cuma kain pelikat dengan kain batik je berwarna-warni. Itu pun warna gelap.

"Heh buat persiapan emergency." Kata Fatin dengan senyuman senget.

"Kau yakin ke Fatin dengan apa yang kau plan ni?" Soal Fitri dengan was-was. Bukan apa buat penat je mereka practice last-last tak jadi apa. Kan dah buang tenaga mereka jadinya.

"Don't worry, Bob sendiri dengarkan apa yang group gedik tu bincangkan? Aku memang dah agak benda ni akan jadi sebab tu plan tu bukan plan asal. Tu plan saja-saja."

Bob angguk kecil.

"Hmmm aku sebenarnya lagi suka plan saja-saja tu. Teringin nak jadi watak penyondol yang berkelas tinggi. Walaupun kena kecam tapi aku nak jadi watak penyondol yang paling vogue gitu." Tutur Siti dengan wajah sedih.

"Hahaha bodoh kau ni. Mana ada orang nak jadi watak penyondol senget. Kau ni aku lempang karang."

Siti sengih. Alaaa bukannya jadi penyondol betul-betul pun. Berlakon je.

"Okey semua assalamualaikum dan salam sejahtera." Syahril mula bersuara sebaik sahaja berdiri di hadapan para pelajarnya.

"Waalaikumussalam Cikgu Syahril."

"Salam sejahtera Cikgu Syahril."

Jawab mereka semua serentak.

"Baik tanpa membuang masa lagi malam ini merupakan malam di mana para pelajar membuat persembahan di hadapan ini dengan kerjasama ahli kumpulan selama dua hari ini. Jadi, ketua kumpulan akan memilih sehelai kertas yang tertulis nombor satu hingga lima secara random untuk menentukan kumpulan mana yang perlu membuat persembahan terlebih dahulu. Diminta setiap ketua kumpulan bangun dan menuju ke arah Cikgu Mazlan."

Lima orang ketua kumpulan bangun menuju ke arah Cikgu Mazlan yang sedang memegang mangkuk yang berisi lima keping kertas yang digulung cantik.

"Okey dah boleh ambil." Kata Cikgu Mazlan sebaik sahaja mereka berlima berdiri di depannya.

Bob ambil tanpa teragak-agak. Berdebar-debar jantungnya. Dup dap dup dap

"Okey dah boleh buka."

Razif, Ravi, Siddiq, Ilyas dan Bob membuka gulungan kertas tersebut. Pelbagai reaksi yang mereka tunjukkan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

"Okey semua dah buka kan? Boleh duduk dalam group semula."

Elok je mereka berlima duduk dalam group masing-masing suasana mula bising.

"Weh kita nombor berapa?"

"Aduhhh kenapa first? Aaaaa tak bersedia lagiii...."

"Fuhhh lega siot hahaha aku ingatkan group first."

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now