Bab 68

456 52 3
                                    

"Perhhh hebat siot perfomance korang. Tak terfikir langsung nak buat macam tu."

"How korang boleh buat dengan perfect? Korang memang budak silat ke apa?"

"Bila masa korang practise? Aku tak nampak pun?"

Pelbagai pertanyaan dilemparkan pada mereka sesudah mereka duduk dalam barisan. Masing-masing hanya menayang wajah biasa seperti tiada apa yang perlu dibanggakan.

"Ha'ah kitorang budak silat. Malam sabtu dengan ahad kitorang pergi belajar dekat area kawasan perumahan kitorang. So, yeah sebab tu kitorang pandai seni tari silat sikit-sikit." Jawab Fatin rendah diri. Takde maknanya dia nak berlagak. Itu bukan sifat mereka semua.

"Yeke? Gila tak sangka aku korang budak silat. Lepas ni boleh lah ajar aku kan?"

Fatin gelak mendengar gurauan mereka.

"Heleh, belajar silat je pun tu pun nak berlagak." Juih Syaza dengan nada jengkel. Makin bertambah rasa meluat apabila kumpulan Bob menjadi perhatian.

Dengki? Huh tak kuasa dia nak dengki dengan mereka. Haktuihhh...

"Ehem, minta perhatian semua!" Suara Syahril mula bergema apabila keadaan sedikit hingar-bingar.

Suasana perlahan-lahan mula menyepi apabila Syahril memandang mereka dengan kening terangkat.

"Terima kasih saya ucapkan pada awak semua yang telah bekerjasama dalam membuat persembahan yang sangat hebat! Berikan tepukan gemuruh pada diri sendiri."

Clap clap clap

"Memandangkan semua dah buat persembahan jadi kita menutup tirai aktiviti kita dengan persembahan terakhir daripada Ustaz Fariz, dipersilakan..."

Fariz bangun sambil membawa gitar kepunyaan Bob yang telah dia meminta izin untuk menggunakannya.

"Peewwiitttt ustaz nak menyanyi ke?"

"Uwuwuwu ustaz hensem arrr..."

Fariz hanya menayang riak tenang sahaja. Gaya penampilannya malam ini lain daripada lain. Ramai pelajar dan guru-guru terpesona melihatnya terutama kaum wanita.

Sengaja dia memakai pakaian seperti waktu ketika dia remaja. Di mana zaman dia, Airin, Qayyum, Lukman, Fikri dan Alif lepak bersama-sama bermain skateboard. Arghhhh rindunyaaaa....

Bandana berwarna hitam yang diikat pada kepalanya menyerlahkan lagi ketampanannya.

"Ehem assalamualaikum dan selamat malam semua. Saya takde nak buat persembahan havoc macam korang cuma nak santai-santai je. Kepada sesiapa yang tahu lagu yang akan saya nyanyi kejap lagi, kita nyanyi sama-sama okey?"

"Okey ustaz!!!"

Fariz mengukir senyuman kacak yang jarang dia lemparkan pada mereka semua. Biar semua tak boleh tidur malam. Muahahaha....

"Arghhhh hensem bodooo..."

"Sejak bila ustaz jadi romantik niii..."

"Astaghfirullah, laki orang tu laki orang fuh fuh..."

Nak tergelak Fariz dengar kata-kata tersebut. Walaupun samar-samar tapi pendengarannya amat tajam. Jari jemarinya mula memetik tali gitar.

"Eh ustaz nak mula." Bisik Fatin pada Siti.

"Asal aku rasa ustaz terlebih hensem malam ni eh." Soal Fitri sambil menongkat dagu. Dia yang lelaki ni pun terpesona dengan kehenseman Fariz.

"Kannn sebiji macam dalam gambar yang kita tengok dekat almari kaca rumah ustaz." Sokong Siti.

INDAHNYA SABAR √√Où les histoires vivent. Découvrez maintenant