Bab 31

358 51 15
                                    

"Ibu cakap dengan siapa?" Ainul duduk di atas katil dengan wajah curiga. Sikap Puan Suri yang agak aneh sejak dua menjak ini mengundang hairan dalam hatinya.

Apa yang dia perasan setiap petang Puan Suri akan berbual dengan seseorang hingga berjam lamanya. Apa yang dia bualkan langsung dia tak tahu. Puan Suri juga banyak ketawa daripada bicara.

Apa yang lawak sangat pun dia tak tahu.

"Takkan ibu ada scandal pula?" Ainul menggeleng laju. Mustahil lah. Puan Suri bukan orang macam tu. Dia kenal sikap pemalu ibunya itu macam mana. Tak akan bercakap dengan mana-mana lelaki walaupun kenalan Encik Karim sendiri secara berlebih-lebihan.

"Nak kata saudara mara pun tak. Ibu anak tunggal." Kepalanya yang gatal di garu.

Geram kerana tidak berpuas hati dengan apa yang bermain dalam fikirannya, dia membuka pintu bilik secara perlahan-lahan. Dia menjenggulkan kepalanya sedikit untuk melihat keberadaan Puan Suri.

Seperti yang dia agak, Puan Suri sedang berbual membelakangkan dirinya. Dia berdiri di tepi pintu untuk mendengar perbualan Puan Suri. Dia nak tahu dengan siapa Puan Suri berbual selama ini.

"Ibu masak ikan singgang dengan sambal belacan je Ain. Biasalah duit cukup-cukup je untuk bulan ni. Nak makan mewah tak dapatlah." Jawab Puan Suri apabila Ain menanyakan apa yang dia masak hari ini. Dia tidak sedar Ainul berada di belakangnya kerana sangkanya Ainul tidur pada waktu-waktu sebegini.

Membulat mata Ainul.

Ain?

Dia tak salah dengarkan?

Hatinya mula panas. Sangkanya Puan Suri sudah lupakan Ain dan sudah tidak berhubung dengannya ternyata...

Tangannya dikepal kuat. Hatinya diulit dengan perasaan marah dan cemburu.

'Aku ingat kau dah berambus ibu boleh lupakan kau macam mana ayah lupakan kau tapi aku silap! Asal kau tak mampus je huh!'

Penat-penat dia menokok tambah cerita tentang Ain supaya Ain dihalau dan dilupakan tetapi masih tidak berjaya.

Patutlah Puan Suri seakan-akan tidak kisah tentang dirinya kerana Puan Suri tahu Ain berada di mana selepas dihalau. Tak guna!

"Alhamdulillah, semua sihat. Ain jangan risau ya. Ain tu jauh jaga kesihatan elok-elok ya. Ibu sayang Ain, ingat tu sampai bila-bila. Biarlah orang nak kata apa dekat Ain tapi ibu percayakan anak ibu sorang ni."

Makin panas Ainul mendengar kata-kata tersebut.

Anak ibu sorang huh? Habis dia ni apa? Apa!

"Insyaa Allah, okeylah ibu nak angkat baju dekat ampaian ni. Hari macam nak hujan je."

"Waalaikumsalam." Puan Suri tersenyum kecil. Baru saja dia mahu bangun, tiba-tiba Ainul berdiri di depannya dengan wajah menyinga.

Puan Suri terkejut. Jantungnya berdegup laju. Ainul dengar ke?

"Ibu borak dengan siapa?" Soal Ainul dengan nada tertahan-tahan.

"Jangan nak sibuk. Tepi ibu nak angkat kain. Nak harapkan kau memang basah semua kain-kain dekat luar tu." Kata Puan Suri tanpa menjawab pertanyaan Ainul.

Ainul makin berang tapi dia masih mengawal kemarahannya agar tidak melampaui batas memandangkan Puan Suri adalah ibunya sendiri.

"Orang tanyakan, ibu borak dengan siapa? Gelak-gelak bagai. Ain huh?"

Puan Suri melepas keluhan. Tak ada guna pun dia berahsia dengan Ainul kalau Ainul sendiri dah tahu.

"Kalau ya pun kenapa? Ada masalah ke? Ain tu bukannya orang luar adik kau juga. Suka hati ibu lah nak gelak-gelak ke apa. Tak guna suara kau pun."Balas Puan Suri sedikit menyindir.

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now