Bab 19

399 50 10
                                    

"Apa? Ain pindah sekolah?"

Khabar tersebut mengejutkan Fatin dan seisi kelas mereka.

"Yes, kelmarin surat daripada ibu bapa Ain tentang pemindahan sekolah sampai ke tangan pengetua. Jadi, Ain dah pindah sekolah." Jawab Puan Rohayu selaku guru kelas 3 Bestari. Dia juga terkejut dengan perkara itu tapi apa yang boleh dia lakukan?

"Sebab kes fitnah tu ke cikgu?" Soal Atiqah tidak bertapis.

Puan Rohayu terkedu. Perlahan saja dia mengangguk kecil. Dia akui dia turut berasa serba salah kerana hampir mempercayai fitnah tersebut.

Astaghfirullahalazim...

"Ni semua salah kawan kau! Kalau perempuan tu tak sebar fitnah, benda ni takkan jadi lah sial!" Tidak dapat menahan daripada kemarahannya, Fatin menumbuk mejanya lalu menyepak kaki meja melepaskan rasa marahnya. Dia bangun menatap wajah Syaza dan Syafawani dengan tajam.

Puan Rohayu terkejut dengan tingkah Fatin itu. Kelas mereka yang sedikit bising tadi terus senyap sunyi melihat amukan Fatin. Siddiq dan Alif turut terdiam sama.

"Fatin, dah duduk. Ingat awak dalam kelas saya, hormat saya sebagai guru." Tegur Puan Rohayu dengan tegas.

"Oh, saya kena hormat cikgu sebab cikgu pengajar saya? Habis tu mana hormat para cikgu pada seorang pelajar yang difitnah? Benda tak sahih tapi pandang buruk, pandang hina dekat Ain. Ain tu sahabat saya tau. Padahal seorang guru yang punya ilmu yang cukup di dada sepatutnya tak boleh sesekali bertingkah seperti itu.

Ya, saya tahu saya ni budak lagi. Bodoh pun ya juga tapi saya tahu baik buruk. Betullah sekarang ni dunia akhir zaman. Fitnah berleluasa. Manusia ni dah tak kisah pasal dosa pahala.

Sabda Rasulullah SAW : Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

Kemudian akan berkata-katalah golongan Al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan Al-Ruwaibhidhah? Maka Baginda SAW menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara berkaitan perkara umum yang besar. (Riwayat Ibn Majah)"

Kata-kata Fatin itu membuatkan mereka yang mendengar menundukkan wajah mereka. Mereka tidak bodoh lagi untuk tidak memahami apa yang disampaikan oleh Fatin itu.

Puan Rohayu turut terdiam sama. Sebagai seorang guru, dia akui apa yang dikatakan oleh anak muridnya itu adalah benar.

Adakah mereka telah menjadi golongan Al-Ruwaibhidah?

Astaghfirullahalazim, ampunkan kami Ya Rabb...

Fatin memejamkan matanya seketika untuk meredakan kemarahannya. Apa yang dia ucapkan itu sebenarnya datang daripada mulut Ain sewaktu Ain difitnah teruk. Sewaktu tiada siapa yang mempercayainya selain dirinya.

Dia nak hafal sabda Rasulullah dan hadith panjang-panjang? Memang taklah. Jahil kan dia? Dia cuma mengulang semula apa yang diucapkan oleh Ain. Saat hari kejadian gambar itu tersebar, Ain diminta untuk pulang ke rumah disebabkan keadaan tidak terkawal. Dia turut meminta izin untuk pulang bersama Ain dan terus diizinkan oleh Puan Rohayu sendiri.

Flashback

Ain menangis teresak-esak apabila dirinya dipandang hina dan dicaci maki oleh para pelajar mahu pun guru yang berselisih dengannya.

Dia yang kasihan pada Ain hanya mampu memeluk tubuh sahabatnya itu agar memberi sedikit ketenangan untuknya.

"Sabarlah Ain, ini semua dugaan untuk kau. Aku tak sangka ada yang busuk hati dekat kau sampai sanggup aniaya kau macam ni."

INDAHNYA SABAR √√Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora