Bab 30

399 59 14
                                    

"Fatin, pinjam handphone kejap. Aku punya handphone battery habis." Pinta Siti pada Fatin. Dia menunjukkan handphonenya yang sudah gelap gelita dengan sengihan.

"Kau tak charge ke?"

Siti melepas keluhan kecil.

"Aku charge tapi kan aku rasa aku nak maki je tapi salah aku sendiri. Aku tak buka suis mat. Tak buka suis. Arghhhh stres aku."

Fatin tergelak. Dia faham perasaan tu. Charge handphone tapi tak buka suis. Uihhhh perit mat. Dia punya rasa nak maki tu level kayangan. Tapi salah sendiri nak buat macam mana.

"Hah yelah ambil je lah. Tak habis-habis nak selfie. Muka sama je tak berubah pun." Kata Fatin dengan gurauan.

"Eh eh eh biarlah mana tahu tiba-tiba muka aku jadi cantik bak bidadari gitu. Hahahaha okey bye." Siti mengambil handphone Fatin lalu dia membuka aplikasi camera.

Siti dan camera berpisah tiada.

Fatin menggeleng kecil.

"Fatin jom lah main sekali takkan nak tengok je?" Soal Yana pada Fatin. Wajahnya berpeluh-peluh kerana terlalu lama bermain badminton dengan Bob. Masing-masing tak nak mengaku kalah. Tangannya sudah lenguh. Jadi biarlah Fatin pula yang menggantikan dirinya.

Bob masih bertahan. Dia masih bertenaga walaupun dia sedikit kepenatan. Gila kau lawan badminton dengan Yana memang perlu tenaga yang kuat. Yana jaguh badminton.

"Coming." Fatin bangun lalu melangkah menghampiri mereka. Sejak dia berjumpa Ain, dia perlahan-lahan kembali menjadi dirinya semula. Hatinya sudah memaafkan mereka semua.

Mereka kehairanan dengan perubahan Fatin itu tetapi mereka tidak bertanya apa-apa. Syukur Fatin sudah mula berbaik semula dengan mereka.

Cuma Bob masih kekok untuk berbual dengan Fatin setelah apa yang berlaku. Walaupun Fatin sudah mula mahu bercakap dengan dirinya tetapi hatinya masih terasa kekok.

"Okay let's go!" Fatin memukul bulu tangkis dengan kuat ke arah Bob yang agak terleka itu tetapi cepat-cepat Bob memukul semula bulu tangkis tersebut ke arah Fatin.

Fatin menyungging senyuman sinis apabila bulu tangkis tersebut melambung tinggi. Dia menoleh ke belakang. Fitri sudah bersiap sedia mahu melompat.

Smash!

Bob dan Halim bergerak melihat ke arah bulu tangkis tersebut tetapi disebabkan tidak berhati-hati mereka berdua terlanggar sesama mereka

"Hahahaha menang!" Fatin dan Fitri melonjak gembira.

Yana turut bersorak apabila Fatin dan Fitri menang.

Bob dan Halim mencebik. Heleh, nasib je tu.

Sedang mereka bergelak tawa tiba-tiba suara nyaring Siti mematikan ketawa mereka.

"Fatin, sini kau!"

"Apa? Aku tengah main ni kan? Nanti-nanti lah." Balas Fatin yang asyik membalas serangan Bob dan Halim. Fitri di belakang turut tidak menang tangan.

Siti tidak berpuas hati dengan balasan Fatin terus meluru ke arah Fatin. Yana yang kehairanan pantas menahan Siti.

"Oit, kau dah kenapa?" Soal Yana dengan pelik.

Siti diam. Dia menunjuk sesuatu pada Yana. Seperti dirinya, Yana turut terkejut sama sehingga memanggil Fatin agar menghampiri mereka.

Dek kerana terganggu, bulu tangkis jatuh tidak kena dengan pukulannya. Fatin merengus.

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now