Bab 49

504 65 7
                                    

"Sorry, lama ke kau tunggu?"

"Taklah. Baru 20 minit, belum satu jam lagi." Balasnya dengan bersahaja.

"Perli aku ke? Chill lah Farah, aku belanja kau makan ehhh..."

Farah membuat muka. Air coffee starbucknya disedut beberapa kali sebelum bersuara. Sempat lah juga dia beli starbuck sementara tunggu manusia di depannya ni sampai.

"Hmmm kau nak apa jumpa aku, Ilman? Ainul tahu tak kau nak jumpa aku ni?" Soal Farah sambil menyandar belakang badannya pada kerusi. Wajah kekasih Ainul itu dipandang dengan wajah tertanya-tanya.

Ilman melepas keluhan kecil.

"Tak. Dia tak tahu pun aku datang jumpa kau sebab tu aku ajak kau jumpa sini. Aku lambat ni pun sebab aku daripada hostel dia. Tup tup jalan jammed. Pishang aku."

"Straight to the point, kau nak jumpa aku sebab apa?" Tidak mahu membuang masa Farah terus menanyakan apa tujuan Ilman mahu berjumpa dengannya.

"Pasal Ainul."

Ternaik kening Farah.

"Asal? Kau nak break dengan dia? Kau ada perempuan lain?" Matanya mengecil merenung wajah Ilman yang terkerdip-kerdip memandangnya.

"Ish, bukan lah! Takdenya aku nak break dengan Ainul." Ilman menggeleng laju.

Break dengan Ainul? Tak pernah terlintas langsung dalam fikirannya.

"Dah tu?"

"Kau dengan Ainul dah berkawan lama kan? Boleh tak kau nasihat dia jangan berdendam dengan adik dia lagi? Aku bukan apa cuma aku kesian dengan adik dia tu je."

Farah menghela nafas berat.

"Kalau pasal tu aku tak boleh buat apa-apa Ilman. Okey, aku mengaku dulu memang aku sokong je apa yang Ainul nak buat dekat adik dia tu sebab dia kawan susah senang aku. Tapi bila fikir balik Ain tu memang takde buat salah apa-apa. Aku pernah nasihat dia tapi kau tahu lah dia tu keras kepala. Tak boleh nak buat apa dah." Kadang-kadang kesian tengok Ain asyik kena buli dengan Ainul tapi tu lah dia tak boleh nak buat apa.

"Dia ada bagitahu kau apa-apa tak? Semalam ke harini ke? Ada tak?"

"Takde pula, kenapa?"

"Dia nak rampas Ustaz Fariz daripada Ain."

"Uhuk uhuk w-what?" Farah terbatuk kecil daripada wajah yang terkejut.

Ilman mengangguk laju. Dia mengeluh lagi.

"Sebab tu aku nak jumpa kau. Tak sangka pula kau boleh ponteng sekolah."

Farah mencebik.

"Bosanlah weh dekat sekolah takde Ainul. Takde geng. Budak-budak form 6 tinggal berapa ketul je sebab ramai yang dapat tawaran masuk kolej macam kau dengan Ainul. Lagi pun dah akhir tahun kan, chill lah. Okay back to the story, Ainul nak rampas Ustaz Fariz daripada adik dia? Dia gila ke apa? Mabuk ketum ke apa budak tu?" Farah memicit kepalanya.

Ah, sudah! Parah betul si Ainul ni.

"Tu lah aku tengah serabut otak ni. Tolonglah aku Farah pujuk dia. Habis kalau dia nak rampas Ustaz Fariz, aku ni nak campak mana?"

"Campak dalam gaung."

"Tak kelakar Farah, tak kelakar." Rasa nak hempuk je kepala Farah tu. Main-main!

Farah sengih tidak bersalah.

"Hmmm tengoklah aku cuba slow talk dengan dia tapi aku tak janji yang aku boleh lembutkan hati dia."

INDAHNYA SABAR √√Où les histoires vivent. Découvrez maintenant