Bab 57

409 59 2
                                    

Fariz masuk ke dalam bilik guru dengan wajah tegang. Jangan ingat dia lupa apa yang berlaku malam tadi.

Cikgu Maria aka cacing kerawit. Perempuan gila! Ikutkan hati nak je dia pergi serang cacing kerawit jadian tu. Haish, mujur dia bukan perempuan yang  nak serang menyerang ni.

Masalahnya macam mana dia tahu nombor dia? Siapa pula yang gatal sangat bagi tu? Haishhh memang cari pasal betul!

"Uit, tegang betul muka tu ustaz. Ada apa-apa yang berlaku ke?" Tegur Ustazah Zaiton yang baru saja tiba di mejanya. Maklumlah meja mereka sebelah menyebelah je.

Fariz sedikit tersentak. Dia tersengih kecil. Alamak, teremosi pula.

"Takde apa lah ustazah hehehe..."

"Iya ke takde apa-apa? Daripada tadi cikgu-cikgu lain tengok ustaz dengan muka pelik. Tak pernah-pernah tengok ustaz macam ni."

Fariz terus melihat sekelilingnya. Ha'ah memang dia menjadi perhatian sekarang ni. Kepalanya yang tiba-tiba gatal digaru.

Ini semua salah Cikgu Maria!

Ingat je pasal malam tadi dia rasa nak marah.

"Ustazah, duduk kejap. Saya nak membawang dengan ustazah." Ke tepikan dulu dosa pahala sekejap. Dia betul-betul rasa nak meluah segala rasa geramnya sekarang. Dia tak nak mood mengajarnya hilang gara-gara cacing kerawit jadian tu.

Tercengang Ustazah Zaiton jadinya. Teragak-agak dia mahu duduk membawang dengan Fariz tapi macam benda best je, hehehe...

Astaghfirullahalazim...

"Malam tadi masa saya tengah manja-manja dengan isteri saya tiba-tiba ada orang call saya. Banyak kali masalahnya. Nak dekat 10 missed call! Gila ke apa mengacau orang malam-malam." Cerita Fariz dengan penuh emosi.

"Okey lepas tu?"

"Lepas tu isteri saya angkatlah call tu kut kut scammer ke apa kan? Sekali orang lain mat eh sorry ustazah. Hah maaflah saya geram sangat."

Tergelak Ustazah Zaiton jadinya. Boleh pula buat kelakar time marah-marah.

Fariz menggaru hujung keningnya. Biasa gosip dengan Airin perkataan 'mat' tu dah jadi kebiasaan. Adoiii mulut ni control sikit. Choiii...

"Hahahaha okey teruskan bercerita. Siapa yang call ustaz?"

"Cikgu Maria."

"Ohhhh haaa?" Ustazah Zaiton terkejut beruk. Cikgu Maria?

"Dah kenapa pula dia nak call ustaz?" Soalnya dengan wajah berkerut.

"Kannn ustazah tahu tak apa sebab dia call saya? Katanya dia call nak pastikan sama ada tu nombor saya atau pun tak. Tak ke bodoh alasan tu? Eeeiii saya masa tu macam kau dah kenapa setan hahhh geram betul aku!" Wajahnya dikipas dengan buku latihan pelajarnya yang ada atas mejanya.

Panas weh panas!!!

Ternganga mulut Ustazah Zaiton mendengarnya.

Apakah?

"Dah kenapa pula dia sibuk-sibuk nak tahu tu nombor ustaz ke bukan? Apa masalah dia? Otak dia betul tak betul?" Eh ehh ehhh dia yang dengar pun rasa nak hempuk je kepala Cikgu Maria tu bagi betul sikit otak tu. Apa hal kacau suami orang ni?

"Kannn nasib baik isteri saya bukan jenis yang banyak tanya ke apa. Dah lah tengah mengandung risau betul saya kalau dia fikir bukan-bukan. Boleh datang fitnah betul, haish..."

"Isteri ustaz mengandung? Alhamdulillah, tahniah ya ustaz. Saya tumpang gembira dengan khabar ni." Ucap Ustazah Zaiton dengan senyuman lebar.

Terus berubah mood Fariz. Hatinya turut gembira. Bibirnya mengukir senyuman kecil.

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now