Bab 25

391 50 7
                                    

"Fatin, lepak jom petang ni." Ajak Yana pada adiknya itu.

Fatin yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya memandang Yana sekilas.

"Malaslah, nak siapkan kerja petang ni. Lusa nak kena presentation." Sesekali dia melihat group whatsapp kumpulannya untuk membincangkan tentang tugasan yang diberikan oleh Ustaz Fariz.

Yana berpeluk tubuh memandang Fatin dengan kening terangkat.

"Sejak Ain tak ada, kau dah kurang lepak. Kenapa?"

Fatin hanya diam tidak menjawab. Dia fokus membuat point-point penting yang telah mereka bincang mengikut bahagian mereka.

"Oit, aku tanya kau ni bukan tanya kertas mahjong." Kata Yana apabila dirinya diabaikan oleh Fatin. Eh ehh ehhh geram pula rasa kena palau.

"Aku kan tengah buat kerja ni. Cepat siap, ada masa aku turun lepak okey. Dah jangan kacau aku." Balas Fatin dengan nada yang malas.

"Erk eleh tanya pun nak marah." Bukan berlalu pergi tetapi dia menghampiri Fatin yang sedang melukis awan. Kerusi yang kosong di sebelah adiknya itu di duduk.

Merasakan dirinya terganggu, Fatin melepas keluhan kecil. Dia berhenti menulis

"Kau nak apa? Kan aku dah cakap kalau aku cepat siap aku turun lepak. Kalau tak, tak lepak lah aku."

"Kau sebenarnya nak mengelak daripada Bob kan?"

Fatin terkedu. Wajah Yana yang berkerut memandangnya dipandang. Terlepas tawa di bibirnya.

"Asal pula aku nak mengelak daripada dia?" Fatin menggeleng kecil dengan tawanya.

"Sebab dia meragui tentang Ain macam orang lain."

Tawa Fatin terus mati.

Yana menyungging senyuman sinis. Dia dah agak apa yang dia fikir adalah benar.

"Bob ada cakap dekat aku yang kau macam mengelak daripada dia. Sembang pun dah tak rancak macam dulu. Layan acuh tak acuh. Semuanya lepas Ain pindah sekolah. Kau marah Bob sebab tak back up Ain masa Shah cakap macam-macam dekat Ain kan?"

Fatin ketawa sinis.

"Nak marah pun tak ada guna. Ain dah pindah. Kau nak suruh aku buat apa lagi? Gelak-gelak macam tak ada apa-apa berlaku. Macam tu ke?" Kata Fatin dengan nada yang biasa tetapi dalam hatinya hanya Allah saja tahu betapa marah dan kecewanya dirinya pada kawan-kawannya yang lain. Langsung tidak mempercayai Ain malah hanya diam membisu saat Ain dicaci maki. Hanya Siti saja yang bersuara selepasnya.

"Kan diorang dah minta maaf, menyesal sebab tak pertahankan Ain."

Fatin tertawa sinis.

Menyesal huh?

"Tu masalah diorang bukan aku. Ain tu aku kenal daripada darjah satu sampai sekarang. Rapat. Ke mana nak pergi pun dia wajib ada sebelah aku tapi sekarang? Aku tak tahu dia ada dekat mana dan pindah sekolah mana. Kau nak suruh aku happy, gelak-gelak macam meraikan kepergian dia? Hell no! Korang dah buat aku hilang seorang kawan yang aku dah anggap macam adik beradik aku sendiri. Huh! Malas aku nak cakap pasal ni." Fatin menggeleng kecil. Dia tak nak dirinya terlalu beremosi.

Yana terdiam. Dia tahu Fatin dan Ain sangat rapat bah kan lebih rapat berbanding dengan dirinya. Ibu mereka juga sudah menganggap Ain seperti ahli keluarga mereka sendiri.

"Dah kau ke tepi, aku nak buat kerja. Jangan ganggu aku." Keras saja nadanya menandakan dia betul-betul tidak mahu diganggu lagi.

Yana melepas keluhan kecil.

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now