Bab 5

469 50 3
                                    

"Weh, lepak taman jom?" Ajak Fuad.

"Padang? Buat apa?" Tanya Siti dengan pelik. Jarang-jarang mereka lepak dekat taman. Biasa kalau mereka lepak taman kalau mereka berjoging je.

Ain terus menoleh ke arah Fuad.

Taman?

"Halim dengan Bob main bola dekat padang. Dengar-dengar sebab Shah turun padang sini. Tu yang diorang tak lepak dengan kita petang ni. Jom lah tengok diorang main." Jawab Fuad beriya-iya.

"Shah datang? Buang tabiat apa mamat tu tetiba datang main bola dekat sini? Area rumah dia dah takde padang ke apa?" Bebel Fatin dengan wajah yang berkerut.

Fuad menjungkit bahunya tanda tidak tahu. Dia bukannya abang kepada lelaki itu pun nak tahu semua benda tentang Shah. Eh tak kuasa lah nak jaga tepi kain orang.

"Kau tak join pula diorang main bola?" Soal Yana pula.

"Malas aku." Dia bukannya kaki bola seperti Bob dan Halim. Pantang orang ajak main bola, laju je pergi. Dia? Hmmm, dia kaki lepak je hehehe...

"Jom lah tengok diorang main. Bukan selalu tengok Shah lawan Bob." Fatin terus bangun. Dia menepuk punggungnya agar pasir yang melekat pada seluar belakangnya jatuh ke tanah.

"Jom lah, alang-alang boleh aku pergi kedai beli air. Panas pula petang ni." Kata Siti turut setuju dengan Fatin.

Melihat Fatin, Siti dan Fuad sudah bangun Ain dan Yana pun turut bangun sama. Mereka berlima pun jalan beriringan menuju ke taman permainan di mana sebelah taman permainan itu terletaknya padang bola.

Sempat juga mereka singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air sebelum ke taman. Cuaca yang agak panas pada petang itu membuatkan mereka berlima agak dahaga.

"Mimpi apa kau tiba-tiba datang padang bola sini? Asal tak main dekat taman perumahan kau je? Dah kena rembat dengan orang lain ke?" Soal Bob sebaik sahaja Shah tiba di padang bola.

Memang sengaja dia datang lebih awal daripada Shah. Dia, Halim, Fitri dan beberapa orang lagi yang merupakan satu team dalam bermain bola sepak terus bangun apabila Shah dan rakan-rakan lelaki itu tiba di hadapan mereka.

Shah menyungging senyuman sinis apabila Bob menyindir dirinya.

"Saja. Ada masalah? Padang ni pun bukan kau punya. Semua orang boleh main." Balas Shah dengan selamba. Rakan-rakannya ketawa sinis pada Bob.

"Eh, mamat ni." Bengang pula Fikri melihat raut wajah Shah yang jelas-jelas mengejek Bob. Namun, Bob hanya tenang saja walaupun dalam hatinya sangat meluat dengan Shah.

Rasa nak sepak-sepak je mulut Shah tu. Eeiiiiii....

"Oiii, lawan bola ke tu!"

Shah dan Bob terus menoleh ke tepi di mana Fatin, Fuad, Siti, Yana dan Ain berdiri sambil melambai ke arah mereka.

Memandangkan padang bola mereka di kelilingi dengan dawai besi jadi mereka berlima hanya berdiri di luar padang itu saja tanpa ada niat untuk masuk ke dalam. Kang duduk dalam tak pasal-pasal muka kena bola.

Lagi pula di luar padang itu disediakan bangku untuk duduk dan sebatang pokok besar yang rendang meredupkan kawasan bangku itu. Jadi, tiada masalah untuk mereka lepak di situ tanpa berpanasan.

Bob melihat ke arah Ain yang turut memandangnya.

Mata bertentang mata, turun ke hati.

Laaa tiberrr...

Ain mengukir senyuman nipis saat Bob memandang dirinya.

Dugggg

Bob terpana dengan senyuman Ain. Jantungnya berdegup kencang. Dia mengalihkan pandangannya.

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now