Bab 65

428 60 1
                                    

"Yes hiking!!!"

Para pelajar bersorak gembira apabila aktiviti yang mereka tertunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Lebih mereka teruja tatkala diberitahu di atas puncak bukit ada aor terjun yang cantik mengalir hingga ke bawah bukit.

Fariz mengambil beberapa gambar pelajar yang sedang asyik berseronok. Tatkala mereka perasan camera dihala ke arah mereka, cepat-cepat mereka berposing dengan pelbagai gaya. Dia tergelak melihat ragam mereka semua. Excited betul!

"Ustaz, ambil gambar kitorang please!!!" Sekumpulan pelajar perempuan yang berkumpul di tepi pondok memanggil Fariz dengan tergedik-gedik.

Fariz membuat isyarat kejap pada mereka. Walaupun dia malas nak layan tapi apa pula kata pelajar atau pun guru lain apabila dia kerap melayan dan berbual dengan Fatin and the gang. Dia tak nak orang cakap dia pilih kasih pula nanti.

"Kau tengok tu budak-budak gedik. Menyampah pula aku tengok." Tutur Siti sambil menjeling menyampah melihat sekumpulan pelajar perempuan yang sangat dia anti sejak dulu lagi.

Siapa lagi kalau bukan Syaza and the gang. Nasib baik Ireen dah takde kalau tak makin dia rasa menyampah dan meluat dengan mereka semua. Dia masih tak boleh maafkan perbuatan Ireen walaupun sudah lama perkara tersebut berlalu.

"Biarlah diorang bukannya kacau kita pun." Balas Halim sambil mengunyah kuaci.

Siti menjeling menyampah. Mamat ni menyempat je nak mengunyah walaupun mereka dah nak pergi hiking.

"Memanglah tak kacau kita tapi kacau pemandangan aku. Haish, ustaz tu laki orang mat tak payah nak over gedik sangat boleh? Kau tengok tu urghhh memang sengaja nak rapat-rapat dengan ustaz. Ustaz tu pun satu dah kenapa nak melayan minah-minah gedik tu? Eeiii aku tak boleh betul tengok benda-benda macam ni. Bau-bau penyondol. Sakit mata aku!" Bebel Siti dengan geram.

Jelas wajahnya memang bengang menatap mereka yang asyik-asyik meminta ustaz berposing dengan mereka. Dia nampak betapa tak selesanya wajah Fariz saat melayan mereka. Memang dia akan suruh ustaznya itu delete semua gambar tu. Peduli apa dia.

Fatin rasa nak ketawa mendengar bebelan Siti itu tapi ada betul juga apa yang dikatakannya itu. Lain macam punya gedik diorang dengan Fariz. Mentang-mentang ustaznya itu hensem sibuk nak menggatal.

Bila lah Fariz nak announce yang Ain tu isteri dia? Biar semua terkejut terpaku terkaku. Heh, masa tu baru diorang tahu langit tinggi ke rendah. Ada hati nak goda suami orang. Puihhh laaaa...

"Dah lah kau ni pun suka betul membebel nanti muka berkedut bertambah membebel pula kau. Rileks je nanti kita pinjam handphone ustaz, kita padam gambar diorang senyap-senyap. Dekat cloud pun kita padam biar takde langsung gambar-gambar tu." Kata Bob dengan nada sinis.

Memang taklah dia akan duduk diam. Walaupun dia pernah cintakan Ain  tapi kini hatinya sudah menjadi milik orang lain. Orang yang selalu ada dengannya dan menyimpan perasaan padanya sejak sekolah rendah tanpa sesiapa yang mengetahuinya.

Siapa dia? Rahsia.... Hohoho...

"Ha'ah kan tak terfikir duhhh nak buat kerja jahat macam tu. Bijak bijak." Puji Fitri sambil menepuk bahu Bob.

Bob menayang wajah bangga. Come on lah benda-benda macam ni so easy okay. Dia amat professional, gitu...

Siti mencebik. Heleh, bangga lah tu.

"Muka tak payah nak bangga sangat. Macam beruk aku tengok." Kutuk Halim selamba.

"Ehhh biadap kau ya."

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now