Bab 69

473 58 2
                                    

"Ain!!!! Abang Fariz dah sampaiii!!!"

Ain yang sedang membaca buku terkejut dengan suara Hawa yang kuat itu.

"Ish awak ni Hawa, apa terjerit-jerit ni? Tak manis tahu." Tegur Sumayyah sambil menepuk lembut lengan Hawa. Nasib baik Umi Ana takde. Kalau tak mahu kena piat mulut Hawa ni.

"Hehehe maafkan saya, saya excited hahahaha..." Gelak Hawa apabila sedar kesalahannya.

Tergeleng Nadhirah dan Sumayyah.

Orang tengah marah boleh pula ketawa.

Ain tertawa kecil. Dia bangun perlahan-lahan sambil memegang bucu sofa mahu menyambut kepulangan sang suami.

Ya Allah, rindunyaaaaa...

Rasa nak menangis je. Rindu sangat-sangat!

"Abang Fariz!!!"

"Uwarghhh abang pergi mana? Kenapa tak nampak abang tiga hari?"

"Abang lari rumah ke? Lari tak ajak pun."

Gedebukkk

Disebabkan tak dapat menyeimbangi diri daripada terjahan Qais, Uwais dan Zaid, Fariz jatuh terlentang ke tanah. Nasib baik dia memakai beg sandang, takde lah badannya terus hempap ke tanah.

"Bertuah punya budak. Abang baru balik korang bertiga serang abang? Eeiii budak-budak ni..." Dicubit-cubit pipi mereka bertiga dengan geram.

Nak marah tapi tak boleh, masing-masing muka cemberut minta kasih sayang.

"Ahhh tak kira nak serang juga! Siapa suruh abang menghilang? Kitorang takde kawan nak bergaduh." Kata Zaid sambil mencebik.

Ternaik kening Fariz.

Amboi!

"Yeke takde kawan nak bergaduh? Bukan ke awak tu suka bergaduh dengan Qama?" Balas Fariz dengan senyuman senget.

"Ha'ah kan, kau kan suka gaduh dengan Qama. Ke betul apa yang Kak Hawa cakap?"

"Kak Hawa cakap apa?" Soal Fariz ingin tahu. Dia sudah pun duduk bersila apabila mereka bertiga duduk bersimpuh di depannya.

"Kak Hawa ca-...umphhhh..." Tak sempat dia menghabiskan ayatnya, Zaid menekup kuat mulut Qais.

"Shhhh diam lah kau ni mulut murai. Makan bontot ayam banyak sangat." Marah Zaid dengan muka berkerut-kerut.

Makin lah Fariz penasaran.

Qais rasa susah bernafas apabila Zaid menekup mulut beserta lubang hidungnya. Nak bunuh dia ke?

"Eeeiiii pengotorlah kau ni..." Cepat-cepat Zaid melepaskan tangannya daripada menekup mulut Qais apabila Qais menjilat tapak tangannya. Wajahnya terus berubah jijik. Dia sapu tapak tangannya yang ada air liur Qais pada baju Qais.

Qais ketawa suka. Padan muka!

Tak tahan melihat telatah kecomelan, Fariz turut tertawa sama. Macam mana lah dia tak sayang mereka bertiga ni. Comel je perangai walaupun tengah bergaduh.

Uwais menggeleng saja sambil menongkat dagunya dengan kedua-dua belah lututnya.

Fariz terus menyoal pada Uwais tentang apa yang mahu dikatakan oleh Qais tadi.

"Kak Hawa cakap Zaid suka Qama sebab tu suka gaduh dengan Qama." Jawab Uwais dengan polos.

Krik krik krik krik

"Oh oh..." Qais menutup mulutnya.

Zaid membulatkan matanya pada Uwais.

"Uwais!"

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now