Bab 58

395 57 2
                                    

"Ya Allah, syukur alhamdulillah. Sukanya umi dengar." Tubuh Ain dipeluk erat. Riuh suasana madrasah apabila Fariz mengatakan Ain sedang mengandung.

Puan Suri tersenyum senang melihat Umi Ana dan penghuni madrasah turut gembira dengan khabar itu.

"Nak jadi nenek dah kita ni ya Suri."

Puan Suri tertawa senang.

"Itu lah rasa macam baru semalam je Ain ni lahir tup tup dah nak jadi mak orang dah."

Ain disebelah Puan Suri menunduk malu. Seganlah pula jadi perhatian orang, huhuhu...

"Itu lah rasa sekejap je tengok budak-budak ni membesar. Pejam celik pejam celik dah kahwin. Tup tup dah nak bergelar ibu ayah. Tua dah kita ni ya."

"Betul tu Ana."

Puan Suri dan Umi Ana rancak berbual hingga Ain mengundur perlahan-lahan tidak mahu mengganggu perbualan mereka berdua. Biarlah bakal nenek-nenek bersembang. Hehehe...

Fariz yang sedang melayan telatah Qais, Zarif dan Ghazali di dekati. Baru saja beberapa langkah lengannya dipegang. Terkejut Ain dibuatnya.

"Eh Ain terkejut ke? Hehehe maaf-maaf." Sengih Hawa apabila Ain terkejut apabila dia memegang lengannya.

Ain memegang dadanya. Tawa kecil terlepas di bibirnya.

"Eh takde apa lah Hawa, saya je yang mudah terkejut."

"Hehehe eh jom lah Ain kita borak dengan yang lain dekat sana." Ajak Hawa sambil menunjuk ke arah pondok yang selalu dia lepak sewaktu dia tinggal di madrasah ini. Nadhirah, Sumayyah, Umairah dan beberapa orang lagi turut ada di sana.

Ain angguk setuju. Mereka jalan beriringan sambil lengannya dipeluk oleh Hawa. Rindu katanya. Sweet betul!

"Kak Ain!!!! Huwarghhh rindunya dekat Kak Ainnn..." Qama yang berada di sebelah Nadhirah terus bangun dan berlari anak tatkala perasan akan kehadiran Ain.

Ain ketawa kecil sambil mendepakan tangannya. Tubuhnya terus dipeluk oleh Qama.

"Rindu juga dekat Qama. Qama sihat ke?" Pipi tembam Qama dipicit-picit. Haih lah budak tembam ni. Makin bam bam pipi ni mujur badan masih maintain kecik, hahahaha...

Qama tercebik-cebik menahan diri daripada menangis.

Jangan menangis Qama, nanti kena ejek dengan Zarif kalau Zarif nampak.

Qama memujuk dirinya supaya tidak menangis. Qama boleh!

"Qama sihat je. Kenapa Kak Ain lama tak datang sini? Qama rindu hmmm Zarif tu selalu buli Qama. Qama tak suka dengan Zarif tu. Zarif jahatlah Kak Ainnn..." Adu Qama dengan muka yang jelas tidak suka tatkala memyebut nama Zarif.

"Heleh mengada betul bila dengan Kak Ain dia tu ya. Ain tak payah layan sangat budak kecik ni. Mulut je cakap tak suka tapi dalam hati tu siapa lah tahu kan?" Usik Nadhirah dengan senyuman senget.

"Hahhh? Siapa suka mulut becok tu? Eeiii Qama tak suka dia lah Kak Ain... Jangan dengar cakap Kak Nadhirah tu." Rengek Qama apabila Nadhirah mengusiknya.

Ain mengemam bibirnya daripada meletus tawanya. Rasa kelakar pula apabila Qama merengek seperti ini.

"Amboi, kecik-kecik dah pandai nak jatuh cinta ya. Amboiii biasaaa dia tu." Umairah turut mengusik sama.

Qama sudah bergenang dengan air mata. Bila-bila masa je dia akan menangis.

Eish, dia tak suka lah mamat mulut becok tu! Humph!

Tak dapat menahan dengan kecomelan Qama itu, Ain ketawa geli hati. Dengan pipi tembamnya yang semakin membulat apabila Qama mengemam bibirnya. Comel betul!

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now