Bab 64

418 61 3
                                    

Bunyi pelajar-pelajar ketawa terbahak-bahak menarik perhatian Fariz yang sedang masak ayam sambal merah.

"Meriah betul ice breaking diorang." Ashman menompang dagu melihat rakan-rakannya yang lain sedang melakukan aktiviti di ruang pondok sana.

"Kannn tapi aku lagi suka tak join. Malas. Hahahaha..." Sampuk Latifah dengan ketawa kecil. Dia bukannya jenis suka ikut mana-mana aktiviti pun. Pergi sini pun sebab dia diberi tugas untuk memasak bersama beberapa orang pelajar dan guru.

Lima orang pelajar dan dua orang guru yang ditugaskan untuk memantau dan memasak sepanjang mereka melakukan aktiviti perkhemahan di sini.

Fariz, Syahrul, Ashman, Latifah, Hanif, Atiqah dan Khairunnissa.

"Ustaz, kalau kitorang nak join hiking esok pagi boleh tak?" Pinta Atiqah dengan penuh berharap. Dia tak kisah tak join aktiviti lain tapi aktiviti hiking urhhhh dia nak ikuttt!!!

"Boleh je lagi pun waktu hiking pagi selepas sarapan. Sesiapa nak join aktiviti hiking esok pagi, dipersilakan." Jawab Fariz dengan senyuman.

"Kau tak nak join hiking juga ke Fariz?" Soal Syahrul apabila terdengar perbualan mereka.

Fariz menggeleng kecil.

"Aku tak suka aktiviti yang melibatkan hutan." Jawabnya jujur.

"Kenapa?"

"Bahaya untuk aku."

Syahrul tidak faham. Bahaya? Apa yang bahaya?

"Habis tu kenapa kau ikut perkhemahan ni kalau kau tak suka aktiviti yang melibatkan hutan?"

"Aku diberi tugas dalam kem ni. Takkan aku nak bantah? Lagi pun kalau berlaku apa-apa masa aktiviti berlangsung siapa nak tolong? Ustaz Raihan takde, cuti kahwin."

"Ha'ah kan lupa pula aku. Tapi aku harap takde benda yang berlaku lah. Bosan dengar benda cliche bila buat aktiviti dalam hutan." Entah kenapa dia rasa seram sejuk secara tiba-tiba. Ish takde apa-apa lah.

Fariz tergelak.

"In Shaa Allah takkan jadi apa-apa kalau takde yang buat benda mengarut." Kata Fariz. Namun begitu, entah kenapa dia rasa tidak sedap hati.

Haih, mainan perasaan je kut.

Tapi tak juga memandangkan dia ternampak 'benda' itu secara langsung. Sesekali dia menjeling ke arah khemah Fatin dan Siti. Masih ada. Bukan pada khemah mereka sahaja tetapi beberapa tempat turut 'mereka' ada sama.

Dia melihat langit yang mulai hendak senja. Hmmm patutlah... Memang waktu diorang berkeliaran pun sekarang ni.

Ini lah sebab utama dia tak suka pergi hutan. Hijabnya yang terbuka itu kadang kala boleh memudaratkan dirinya sendiri. Sebagai contoh 'makhluk' itu muncul secara tiba-tiba di depannya atau pun 'aura' 'makhluk' tersebut terlalu negatif.

"Aku nak pergi pagar kawasan tapak khemah kejap. Nak senja dah ni."

"Okey..." Syahrul mengizinkan. Dia tak tahu hijab Fariz terbuka. Bukan dia saja tetapi tiada siapa yang tahu Fariz senang 'nampak'. Dia cuma fikir 'pagar' kawasan tapak perkhemahan itu perkara biasa untuk mengelak daripada gangguan makhluk halus. Tak lupa juga tabur serbuk racun serangga di sekeliling khemah untuk elak daripada dimasuki haiwan yang berbisa seperti lipan

"Cikgu, nasi dah masak!" Laung Atiqah apabila nasi sudah masak.

"Okey, dah boleh masukkan nasi dalam tong nasi ya." Balas Syahrul sambil dia mengambil bekas untuk dia masukkan lauk pauk yang mereka masak tadi ke dalam bekas.

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now