Bab 39

464 55 8
                                    

"Ain!!!"

Ain yang sedang mengelamun tersentak apabila tiba-tiba saja tubuhnya dipeluk kuat. Bukan seorang tapi empat orang!

"H-hawa?" Ain blur. Dah kenapa ni?

Hawa tersenyum lebar sambil menekup lembut wajah Ain.

"Baarakallahu laka wa baaraka 'alaika wa jama'a bainakumma fi khoir'." Ucap Hawa lalu memeluk tubuh Ain dengan penuh gembira.

Mata Ain terkerbil-kerbil. Dia tidak faham apa yang dikatakan oleh Hawa itu.

"Semoga Allah sentiasa memberkati kamu dalam keadaan yang mudah dan dalam keadaan yang sulit serta mengumpulkan kalian berdua sentiasa dalam kebaikan. Itu maksudnya atas ucapan tahniah perkahwinan awak dan Abang Fariz." Ujar Nadhirah apabila melihat Ain kebingungan.

"Terima kasih Hawa." Ucapnya dengan nada sebak. Gembira? Untuk apa dia gembira jika dia telah dibuang oleh ayah kandungnya sendiri?

Selepas mereka pulang daripada pejabat agama, Fariz terus memberi ruang padanya untuk bersendirian. Tambahan pula dengan keadaan Fariz yang tidak sihat membuatkan dirinya semakin dilanda rasa bersalah.

Adakah dia memang pembawa malang pada ustaznya itu?

"Awak tak gembira ke Ain?" Soal Umairah apabila wajah Ain jelas kelihatan sedih tidak gembira.

Mendengar kata-kata Umairah itu, Hawa melepaskan pelukannya. Wajah Ain ditatap lembut.

"Awak tak suka Abang Fariz ya?"

Pertanyaan mereka berdua membuatkan Ain ingin menangis. Kenapa mereka baik sangat padanya? Mereka tak jijik ke? Dia sebetulnya malu mahu menghadap mereka semua setelah apa yang berlaku pada petang semalam.

"Sa-saya isk isk saya malu dengan awak semua tentang apa yang berlaku petang semalam. Sum-sumpah! Wallahi kitorang tak buat macam apa yang dituduh." Esak Ain apabila kejadian semalam bermain semula di fikirannya.

Ditengking dan ditampar depan mereka amat memalukan dirinya. Entah macam mana dia nak sorokkan wajahnya ini. Dia terlalu malu dengan mereka semua.

"Jangan cakap macam tu Ain, tak terdetik langsung dalam hati kami untuk mempercayai apa yang dikatakan pihak JAIS semalam. Kami sendiri tahu Abang Fariz tidak akan melakukan perkara tersebut. Tambahan pula Ain takkan biarkan diri Ain berdua-duaan dengan Abang Fariz. Kami semua pun tahu Abang Fariz tak sihat jadi memang tak logik Abang Fariz buat benda tak elok pada Ain." Kata Sumayyah dengan jujur.

Hawa, Nadhirah dan Umairah mengangguk. Tiada siapa pun yang memandang serong pada Ain dan Fariz. Mereka yakin pasti ada salah faham yang telah terjadi hingga mereka berdua ditangkap khalwat.

"Lagi pula kami memang suka sangat Abang Fariz kahwin dengan Ain. Ain dah macam keluarga kami. Kalau Ain pergi dari sini pasti kami akan rasa kehilangan terutama budak-budak." Tambah Nadhirah pula.

"Iya, Ain. Kami semua memang setuju Ain jadi isteri Abang Fariz. Sesuai sangat. Tak sangka doa kami termakbul. Alhamdulillah, kahwin juga Abang Fariz tu. Ingatkan bujang sampai bila-bila. Risau tengok dia tu."

Ain terharu. Sungguh, penghuni madrasah ini sangat baik akhlaknya. Menerima kehadirannya dengan hati yang terbuka. Hatinya tersentuh.

"Terima kasih sudi terima kehadiran saya di sini." Ucapnya dengan penuh keikhlasan.

Nadhirah, Hawa, Sumayyah dan Umairah tersenyum.

"Jadi lepas ni kami kena panggil awak Kak Ain lah kan? Awak kan isteri Abang Fariz tak sopan pula hanya sekadar panggil Ain saja. Kakak Ain Nuha..." Seloroh Umairah sengaja ingin memeriahkan suasana mereka yang tidak berapa nak ceria itu.

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now