Bab 50

551 68 5
                                    

"Alfu mabruk lil'arusi wal'arisi 'ala zawajir-sa'idi. Selamat menempuh hidup baru. Semoga menjadi keluarga yang sakinah,mawaddah dan warrohmah. Diberikan keturunan yang soleh dan solehah, diberikan limpahan rezeki yang berkat serta selalu berada di dalam lindungan dan juga kasih Allah SWT." Ucap Fariz tatkala berjabat tangan dengan Muaz sambil tersenyum gembira.

"Syukran atas ucapan dan doanya ustaz. Aamin aamin ya rabb semoga apa yang didoakan pada saya turut berbalik pada ustaz dan isteri ustaz. Terima kasih sudi meluangkan masa ustaz dan isteri untuk menghadiri majlis kami berdua. Maaflah kalau ada kekurangan dalam majlis kami ni. Kami buat kecil-kecilan je." Kata Muaz dengan rendah diri.

"Ish apa pula kata macam tu. Buat sederhana pun sudah cukup tidak perlu mewah-mewah kerana ia perbuatan yang membazir dan Islam tidak suka akan pembaziran."

Lega Muaz mendengarnya. Dia takut andai majlis persandingan dia dan Balqis ini tidak memuaskan Fariz.

"Muaz, saya nak tanya sesuatu boleh?" Soal Fariz dengan wajah yang serius. Memandangkan Ain dan Balqis sedang berbual di meja makan jadi senang dia mahu berbual dengan Muaz dengan bebas. Tak sangka sekejap je Ain dan Balqis boleh jadi kawan.

"Ustaz nak tanya apa?"

"Balqis bunting pelamin?"

Muaz tercekik air liur. Matanya melilau melihat sekelilingnya sebelum mendekati Fariz yang memandangnya dengan senyuman senget.

"Nampak sangat ke ustaz?" Rasanya dia dan Balqis dah cover baik punya depan tetamu yang hadir. Baju pengantin pun besar dan tidak menampakkan sebarang bentuk tubuh badan. Tajam betul mata Fariz.

"Hahahaha amboi kemain awak ya Muaz. Laju betul buat kerja. Tak nampak pun cuma saya perasan Balqis asyik letak tangan dekat perut dia. Jalan pun hati-hati je. Saya teka je."

Muaz tersengih malu.

"Terbabas lah ustaz. Benda dah halal depan mata takkan saya nak biarkan je." Sengihnya tapi sungguh dia tak sangka pula melekat terus. Habis dia kena bebel dengan uminya sebab tak reti nak menyabar sampai hujung tahun. Ala, dah rezeki terima je lah hehehehe....

Tergeleng Fariz mendengarnya. Dia tahu Muaz dan Balqis dah nikah bulan lepas disebabkan keluarga Balqis mahu menunaikan ibadah umrah dan tiada siapa yang dapat menjaga Balqis. Jadi keluarga Balqis dan keluarga Muaz sepakat untuk nikahkan mereka dahulu. Sandingnya baru lah hari ini.

"Kawal sikit nafsu tu tahu lah cinta berbalas. Naya Balqis dapat suami macam awak. Agaknya tiap-tiap tahun ada baby."

"Hahahahaha barulah meriah ada ramai anak. Saya suka, Balqis pun suka. Cakap pasal saya je, ustaz tu bila lagi? Ustaz lagi awal kahwin daripada saya takkan belum ada apa-apa perkembangan lagi?" Soal Muaz dengan kening terangkat.

Kisah Fariz dan Ain berkahwin telah pun dia tahu daripada Fariz sendiri. Berat ujian yang menimpa mereka berdua. Tapi ustaznya itu yakin pasti ada hikmah disebalik ujian yang mereka tempuhi itu.

"Saya kalau boleh nak tunggu Ain cukup umur dulu Muaz. Saya tak nak orang cakap bukan-bukan dekat dia. Kesian dia nanti." Balas Fariz jujur. Siapa je yang tak nak ada anak cepat-cepatkan? Tapi dia tahu keadaan tidak mengizinkan untuk mereka berdua ada anak lagi.

"Laaa pedulikan je apa yang orang nak cakap. Mulut orang kita mana boleh tutup ustaz. Nak tunggu isteri ustaz cukup umur alamatnya lagi tiga tahun baru ustaz merasa ada baby. Lagi pun tak mungkinlah isteri ustaz tak nak ada baby, kan?" Muaz cuba mempengaruhi fikiran Fariz agar tidak terlalu memikirkan kata-kata negatif orang sekeliling. Kahwin salah, tak kahwin salah. Masalah betul manusia ni.

"Orang dulu-dulu elok je kahwin muda kenapa orang sekarang sibuk nak pertikaikan? Diorang punya pandang negatif tu macam lah nenek moyang diorang tak kahwin muda. Orang dulu lagi lah umur 12 tahun dah kahwin, beranak pinak. Orang sekarang je macam-macam ragam." Bebel Muaz tanpa sedar.

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now