~Special Chapter~

17.3K 841 110
                                    

"Papa, can you teman me go down?" lembut sahaja Aireen berkata dengan muka simpati yang ditunjukkan pada Fahim.

"Ada apa dekat bawah sayang?" Fahim menoleh ke arah Aireen yang ngendeng dirinya dari tadi.

"I want to eat some chocolate. Baisar tak nak teman Aireen, mama pula busy lipat baju. Papa je yang free sekarang ni tak ada buat apa-apa. Boleh la eh papa?" terkelip-kelip mata anak kecil itu agar Fahim termakan dengan ajakannya.

"Mama awak pun tak suka makan chocolate tau. Ikut perangai siapa ni suka sangat makan benda manis?" hidung kecil itu dicuit oleh Fahim. Kalau sehari tu tak makan benda manis tak boleh anak nya sorang ni.

"Uncle ngah" menyeringai sahaja sengihan yang ditayangkan.

"Come" melompat Aireen di atas katil lalu berlari ke arah Fahim yang sudah berdiri di tepi katil.

Fahim mendukung Aireen dan berjalan keluar dari bilik.

"Nak pergi mana?" terhenti langkah dua beranak itu bila dengar suara Sophea datang dari arah bilik tetamu.

"Anak sayang ni ha ajak abang teman turun bawah, nak mak-" laju sahaja tangan kecil milik Aireen menutup mulut Fahim. Terangkat kedua belah kening Fahim memandang ke arah anak nya.

"no papa" halus sahaja suara Aireen berbisik pada Fahim.

Sophea mengecilkan matanya memandang ke arah dua beranak itu dengan pinggang yang dicekak.

"Makan chocolate lagi? Tadi baru kejap Aisar teman pergi ambil chocolate. Ni nak makan chocolate lagi? Sehari berapa kali nak makan manis? Tak cukup dengan ice cream dekat rumah tok ibu sekarang chocolate pula" Sophea mulakan serangan bebelan nya pada dua beranak itu. Dengan Fahim sekali kena tempias.

Geram tengok perangai anak sendiri. Sudah la dekat rumah Puan Mariam tadi duk dimanjakan oleh Adrian. Semua nak dapat, tak cukup dengan tu sekarang dekat rumah pun buat benda sama.

Aireen sudah menundukkan kepalanya ke bawah.

"Sayang, jangan la marah Aireen" ujar Fahim lembut sambil menyelak rambut Aireen dari menutup muka.

"Sayang tak marah kalau anak abang ni tak degil. Banyak sangat makan chocolate sampai hyperactive, kejap lagi meragam susah nak tidur. Chocolate tu bukan nya baik untuk budak-budak" Sophea berjalan selangkah demi selangkah sampai berdepan dengan Aireen yang berada dalam dukungan Fahim.

"Ya, Aireen tak makan dah. Abang tak tahu pula dia dah makan tadi dengan Aisar" balas Fahim menarik tangan Sophea agar lebih dekat.

"Siapa entah ajar menipu. Kalau nak something tu sampai sanggup menipu orang" muka Aireen sudah berubah ingin menangis.

"Dah la tu, abang minta maaf" Fahim menarik Sophea ke dalam pelukan kemudian mengucup dahi itu sedikit lama.

Mood orang mengandung susah nak agak. Kalau mood tu okay, okay betul. Kalau tak okay, ha jadi macam sekarang ni la tiba-tiba berangin satu badan.

"Mama, Aireen pun minta maaf" selesai sahaja berkata terus terhambur tangis anak kecil itu pada bahu Fahim.

Sophea berasa sedikit sedih bila lihat anak nya menangis. Dia tak ada niat pun nak marah Aireen, tapi diikutkan hati sangat sampai anak pun ditempias nya.

"Sini, mama pun nak minta maaf. Jangan la buat benda yang boleh bagi mama marah" Sophea mengambil Aireen daripada dukungan Fahim.

"Chocolate tak bagus for your teeth sayang. You selalu cakap tak nak gigi macam opah upin ipin kan?" Aireen mengangguk sambil menyeka air matanya ketepi.

His BambinaWhere stories live. Discover now