Chapter 13

24.9K 1.2K 87
                                    

"You, sini I nak touch up sikit" mak andam memanggil Sophea yang sedang tekun main telefon bimbit.

"Saya ke?" Sophea menunjuk dirinya.

"You la nok. I nak make up sikit nanti baru la semua orang tak lepas pandang muka you" Mak andam itu sudah tergelak bila lihat wajah cemberut Sophea.

"Tak apa la saya bukan tak nak tapi kulit saya sensitif tak boleh pakai product sembarangan" ini jujur, dulu dirinya pernah dipakai kan make up oleh juru solek time Aryan kahwin. Esok pagi terus muka nya breakout. Serik!

"Okay la kalau you cakap macam tu. You tak make up pun still nampak cantik. Kalau I laki dah lama I terpikat dengan you" kata-kata mak andam itu menimbulkan kerutan di dahi Sophea. Apa maksud dia tentang kalau I lelaki?

"Okay now dah pukul 12, you berarak pukul 130 kan? Nanti you dah nak pergi I datang balik touch up sikit-sikit" kini tinggal la Sophea dan Farhana berdua di bilik itu.

Sophea masih mogok tak nak bercakap dengan Farhana! Tya chat pun dia malas mahu reply.

"Sophea marah kan kak Hana ke? Sorry la. Kawan-kawan akak semua dah berkahwin dorang tak nak jadi pengapit. Sepupu akak pula dah jadi bridesmaid, kalau ikutkan memang Tya yang jadi pengapit tapi dia pagi tadi mengadu dekat mommy senggugut. Mommy dengan akak memang tak nampak orang lain selain Sophea sekarang, sorry eh" terang Farhana panjang lebar. Kalau bukan disebabkan plan adiknya dia pun tidak mahu susahkan gadis ini.

"Tak apa la kalau Sophea masih marahkan akak. Sophea belikan je la akak ni kipas" Farhana sudah buat suara sedih. Tergelak Sophea bila dengar tentang kipas.

Tak ke pelik kalau pengantin lelaki ada pengapit tapi pengantin perempuan guna kipas?

"Sophea tak marah pun la kak Hana. Cuma ye la akak kan tahu Sophea bukan jenis yang open dekat public so Sophea nervous!" Susah jadi seorang yang introvert ni, nak buat kerja semua berdebar-debar.

"Kak Hana ada teman Sophea so Sophea tak payah takut okay?" Farhana cuba memujuk gadis itu. Sophea hanya mengangguk.

Jam sekarang menunjukkan pukul 1.15, semua sedang bersiap sedia untuk berarak. Sophea sudah memegang kipas pengapit dan payung. Dirinya dari tadi ikut sahaja ke mana Farhana pergi. Dia tidak biasa dengan situasi yang macam ni!

"You, boleh tak panggilkan pengapit lelaki yang duduk dekat pondok sana tu" mak andam mengarahkan Sophea.

"Kenapa saya?" Asyik dia je kena!

"Tu kan partner pengapit you so you la yang panggil" kata mak andam itu dengan nada gurauan. Nak tak nak Sophea pergi juga ke arah lelaki tu.

Terlihat lelaki itu sedang bercakap dengan panggilan di telefon bimbit membelakangkan dirinya. Sophea sudah teragak-agak mahu panggil lelaki itu apa.

Tak kan nak panggil woi? Tak sopan la pula.

"Excuse me, ermm awak" terbeliak mata Sophea setelah lelaki itu berpaling menghadap dirinya.

"You?!" Tak ada orang lain ke yang jadi pengapit lelaki? Kenapa mesti Fahim? Sudah la dia tanamkan pada dirinya untuk tak berjumpa dengan lelaki ini pada hari ni. Walaupun ianya mustahil tetapi dia boleh cuba mengelakkan diri dari lelaki ini.

"Yes sweetheart?" Soal Fahim selamba. Mamat ni lupa ke apa yang jadi semalam?

"Pengantin dah nak gerak dorang suruh panggil you" tak sempat Sophea mahu pergi dari situ payungnya ditarik oleh lelaki itu menyebabkan dirinya terdorong ke arah Fahim.

His BambinaWhere stories live. Discover now