Chapter 50

26.8K 1.2K 87
                                    

Sophea yang sedang lena diulit mimpi rasa dirinya terganggu dengan deringan handphone yang berbunyi tak henti dari tadi.

Terpisat-pisat Sophea membuka mata mencari handphone nya.

Sophea melihat nama yang tertera pada screen, Mikhaèl.

"Hello" jawab Sophea tak bermaya. Penat semalam masih terasa pada seluruh badan nya.

"Sayang, you tidur ke?" Berkerut dahi Sophea dengar soalan daripada Fahim. Tak wajar langsung soalan yang ditujukan oleh lelaki itu.

"I baru bangun, kenapa you call I?" Tanya Sophea sambil menutup mulutnya yang sedang menguap. Dirinya masih memerlukan tidur yang banyak.

"Baby sorry I ganggu you tapi I ada dekat depan rumah ibu" Sophea yang masih baring terus terduduk dibuatnya.

Terus hilang segala kantuk Sophea mendengar perkataan yang keluar dari mulut Fahim. Sophea melihat jam pada handphone nya.

5.53 a.m.

Lelaki ni biar betul? Dia gurau sahaja apa yang dia cakap semalam. Tak sangka Fahim betul-betul datang masa subuh. Kerja gila!

"You tunggu jap nanti I turun" Sophea mematikan panggilan. Berebut dirinya mengemas bilik lalu masuk ke toilet membasuh muka serta gosok gigi.

Selesai itu semua, Sophea turun menuju ke pintu utama rumah Puan Maria.

Terlihat Fahim tercegat di depan panggar rumah.

"Fahim, buat perangai la you ni datang rumah pagi subuh macam ni" bebel Sophea sambil membuka pagar.

"Sayang kata boleh datang subuh, I datang subuh la ni" jawab Fahim slumber.

"Tapi I tak maksudkan pun, ish you ni la! Jom masuk" Sophea menarik tangan Fahim masuk ke dalam rumah.

Nasib orang dalam rumah ni tak bangun lagi kalau tak mesti kena usik terutama nya Adrian.

"I tak sempat nak kemas bilik sangat" ujar Sophea sejurus mereka berdua masuk ke dalam biliknya.

Fahim berkerut hairan memandang sekeliling bilik itu.

"Nak kemas apa lagi? Dah cukup kemas la ni pada I" jawab Fahim duduk di atas katil Sophea. Dia sepatutnya tidur di sini malam tadi!

"Apa-apa je la. Ni you dah subuh belum?" Soal Sophea yang masih berdiri berhadapan dengan Fahim.

"Subuh kan 530, pukul 5 I dah bangun lepas solat subuh I terus gerak sini" jelas Fahim.

Sophea rasa ingin tergelak mendengar penjelasan lelaki itu. Tak pernah dibuat orang datang rumah subuh-subuh.

"You ni kan macam-macam perangai la. Habis tu datang sini mommy tahu tak?" Fahim menggeleng kepala, tangannya menarik tubuh Sophea sehingga terduduk di atas ribanya.

"Eh jangan la. Ya Allah, Fahim!" Terkejut Sophea bila ditarik serta merta begitu.

Dah la terkejut time call tadi tak hilang ditambah lagi yang baru.

"Baby macam tak suka je I datang" ujar Fahim perlahan seperti kecil hati.

"Bukan I tak suka, terkejut je you datang pagi subuh macam ni" jawab Sophea membetulkan kedudukan nya di atas riba Fahim.

Tadi dia cakap yang dia terkejut je bila Fahim tarik dirinya, bukan dia tak suka berada dalam keadaan begitu.

"So kira baby suka la I datang ni?" Fahim makin mengeratkan pelukan pada pinggang ramping Sophea.

His BambinaWhere stories live. Discover now