Chapter 7

25.7K 1.2K 76
                                    

"Assalamualaikum" ucap Sophea memasuki ke dalam rumah Puan Maria.

"Mama!" Faiq berlari ke arah Sophea lantas memeluk kaki mamanya itu.

"Mama pergi mana semalam? Faiq tunggu mama balik tapi mama tak ada" ujar budak kecil itu.

"Sorry sayang. Mama banyak kerja semalam tu yang tak balik sini" balas Sophea. Ini sudah kali keberapa dia menipu.

"Faiq rindu mama" dia sudah sembamkan mukanya pada kaki Sophea.

"Mama pun rindu Faiq, come sini mama dukung" Sophea menunduk untuk mendukung Faiq yang sedang berdiri paras lutut nya itu.

Sophea mencari kelibat Melia yang berada di dapur.

"Kak mel" tegur Sophea

"Eh Sophea, sorry akak tak perasan Sophea dah balik" kata Melia.

Maklumlah rumah Puan Maria ini dapur di hujung benua daripada ruang tamu.

"Tak apa, Faiq ada sambut" Sophea tertawa

"Rindu betul dia dengan kamu. Ni apa tak malu dah besar masih berdukung lagi" ujar Melia sambil menepuk punggung anak nya itu.

Faiq sudah menyembamkan muka nya pada leher Sophia.

"Tak apa la, Sophea pun rindu dengan budak ni. Abang Aryan belum balik ke?" Soal Sophia

"Biasa la dia pukul 6 nanti baru sampai rumah" jawab Melia

"Emmm sorry la kak semalam Sophea tak balik sini. Mesti akak jadi mangsa dengar bebel dia" kata Sophea serba salah.

Abang nya itu dah la jenis kuat bebel, 1 minit lebih 50 perkataan yang keluar. Tak sanggup!

"Biasa la abang Sophea tu. Ni nanti dia balik sambung bebel lagi" kata Melia tertawa. Cukup kenal perangai suami nya itu.

"Nanti dia balik, Sophea tak dapat nak lari so sebelum dia sampai baik Sophea naik mandi dulu. Dah settle mandi Sophea tolong akak okay" Sophea terus menuju ke tingkat atas sambil mengendong Faiq.

Selesai mandi, Sophea turun semula ke dapur. Faiq pula sudah tertidur sementara dia mandi tadi.

"Akak masak apa hari ni?" Tanya Sophea

"Aryan request nak makan daging masak cili api" balas Melia.

Lantas Sophea teringat kan Fahim, makanan kegemaran lelaki itu.

"Tak apa la biar Sophea masak. Akak duduk je tak pun pergi depan tengok tv. Ni la masanya akak nak bersenang lenang sebab Faiq tidur." kata Sophea. Kesian kakak ipar nya itu, sudah la membawa perut.

"Eh tak apa la, Sophea kan baru balik boutique" Melia masih bertegah untuk memasak

"No! Pergi duduk depan" Sophea acah-acah marah sambil mencekak pinggang dan tertawa.

Melia mencebik lalu pergi ke ruang tamu.

Selang beberapa minit kedengaran orang membuka pintu utama.

"Assalamualaikum" Aryan memberi salam sejurus masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam abang" balas Melia menuju ke Aryan untuk menyalam suami nya.

"Mana Faiq? Sunyi rumah" tanya Aryan

Kalau tidak suara Faiq sudah menjerit memanggil nya apabila nampak sahaja dia buka pintu utama.

His BambinaWhere stories live. Discover now