Chapter 69

17.7K 1.1K 36
                                    

"Kamu tak ada rasa perubahan pada diri kamu ke, Sophea?" Soal Puan Amanda merenung menantunya tepat.

"Perubahan apa mommy?" Soal Sophea semula.

Sophea yang sedang memotong sayur mengangkat kepalanya bila rasa diperhatikan.

Ya, memang betul mertuanya sedang merenung dia tajam. Terus gerun satu tubuh dibuatnya.

"Kamu habis pantang dah berapa lama?" Soal Puan Amanda menggunakan nada serious.

Tiba-tiba tekak Sophea rasa berpasir ketika ini. Takut akan Puan Amanda yang berada di depannya sekarang.

"Dah nak masuk 2 bulan" jawab Sophea dengan perasaan gementar.

"Fahim tak pantang?" Soal Puan Amanda lagi.

Berkerut Sophea mendengarnya, apa maksud mertuanya dengan Fahim tak pantang?

"Mommy dah pesan kan itu hari, Fahim tak boleh sentuh kamu selagi belum 44 hari" ujar Puan Amanda sambil bercekak pinggang.

Sophea buntu ingin jawab apa. Dah Fahim punya tahap miang tak dapat dibendung, apa dia boleh buat.

"Esok pagi mommy nak kamu pergi klinik. Fahim tu pandai la mommy settlekan nanti, tak dapat nak diharap betul budak tu" Puan Amanda mula membebel terhadap perangai anak lelakinya.

"Baik mommy" jawab Sophea ringkas walaupun dia masih tak tahu apa sebab Puan Amanda suruh dirinya pergi ke klinik.

Yang sakit Fahim bukan dia.

"Assalamualaikum" kedengaran suara Tya memberi salam memasuki ruang dapur.

"Waalaikumussalam" jawab Sophea dan Puan Amanda serentak.

"Sophea! Rindunya kau" jerit Tya memeluk tubuh Sophea erat. Dah lama dia tak jumpa dengan Sophea walaupun tinggal tidak la jauh mana.

Tak ada masa nak berjumpa, ada sahaja program lain yang halang.

Boutique Sophea pun sekarang dah 90% milik Tya. Fahim tak nak Sophea kerja keras sangat terhadap boutique itu, jadi dia suruh Tya mengambil alih.

Sophea hanya datang sekali sekala tetapi dia dah tak ada hak sepenuhnya atas boutique itu. Apa-apa keputusan atau masalah semua nya di bawah Tya sekarang.

Kini Sophea hanya seperti shareholder sahaja di boutique itu.

Jangan salah faham, keputusan ini pun dibuat oleh Sophea juga. Bukan Fahim yang tak kasi dia kerja langsung.

Masa dia di KL pun boutique itu Tya yang jaga, jadi dia mengambil keputusan untuk bagi Tya teruskan handle boutique itu.

"Jangan peluk Sophea kuat sangat" tegas suara Puan Amanda memberi pesanan.

"Kenapa tu?" Bisik Tya perlahan pada Sophea.

Sophea hanya berikan segaris senyuman sambil mengangkat bahunya.

"Dah lama ke sampai? Fahim mana?" Soal Tya mengambil tempat di sebelah Sophea.

"Dalam 2 lebih sampai, Fahim outstation dekat Kedah" Tya mengangguk mengerti.

"Mommy masak apa hari ni?" Soal Tya pada Puan Amanda pula.

"Sophea nak makan kari kepala ikan, sayur goreng tu je. Kalau kamu ada nak makan lain masak sendiri" jawab Puan Amanda sambil memasukkan beberapa ketul ikan di dalam periuk.

"Ya tahu la menantu kesayangan balik" perli Tya dengan nada bergurau.

"Tak payah nak perli mommy sangat, pergi masuk bilik mandi sekarang" arah Puan Amanda mencerlung pandang ke arah anaknya.

His BambinaWhere stories live. Discover now