Chapter 61

26.9K 1.2K 159
                                    

"Nok, you memang terus pindah sini balik ke?" Aqil menyilangkan kakinya duduk berdepan dengan Sophea.

"Ya Aqil, dah berapa banyak kali I cakap" jawab Sophea malas.

Dari lelaki itu datang 30 minit yang lepas, sampai sekarang tak habis dengan soalan yang sama.

"Lepas ni aku dah tak boleh nak ponteng kerja la" ujar Aqil pada diri sendiri tetapi didengar oleh Sophea.

"Patut la Aliya selalu mengadu dekat I yang dia penat. I suruh Tya potong gaji you untuk bulan ni" sengaja Sophea mahu ugut Aqil.

"Excuse me, I buat kerja okay tapi lebih kepada buat-buat la" Aqil tertawa kecil menutup mulutnya.

"You ni kesian la pada Aliya" Sophea menjeling kepada Aqil.

"Penat aku marahkan budak ni. Langsung dia tak hiraukan kadang rasa nak pecat" sampuk Tya meletakkan karipap yang baru digoreng di atas meja.

"Choi! Sampai hati nak pecat mak. Ye la lepas ni I buat semua kerja dah tak curi tulang lagi" Aqil memeluk tubuhnya, merajuk.

"Fikir orang kisah la tu nak pujuk dia. Mengada kalahkan perempuan" balas Tya, dia dengan Aqil dah memang main lepas je sekarang ni tak ada nak berkias lagi.

"Ish, Sophea you tengok la adik ipar you ni. Kalau tak sakitkan hati I tak sah" Aqil pinta pertolongan Sophea.

"First time aku dengar orang bahasakan diri aku adik ipar kau" ujar Tya tertawa, Sophea juga ikut tertawa.

Rasa janggal bila Tya dipanggil sebagai adik ipar dan bukannya bestfriend.

"Eee, I merajuk dengan korang berdua" Aqil memalingkan badannya ke sebelah kanan membelakangkan Sophea dan Tya.

"Lantak je dia situ, nah Sophea karipap" Tya hulurkan pinggan yang berisi karipap kepada Sophea.

Sophea hanya pandang karipap itu dan muka Tya salih ganti.

"Oh ya aku lupa. Sorry sorry" cepat-cepat Tya menarik semula pinggan.

"Nyah, makan karipap ni" Tya menolak pinggan itu kepada Aqil.

Dalam merajuk, lelaki itu tetap ambil sebiji karipap lepastu berpalingkan semula badannya.

"Sayang, I nak keluar kejap jumpa orang. Baby tunggu I balik baru mandi tau" ujar Fahim yang baru keluar dari biliknya.

Semua mata pandang ke arah Fahim. Sekali dengan Aqil, dengar sahaja suara Fahim terus menghadap lelaki itu.

"You nak pergi mana?" Sophea mendongak memandang Fahim yang berdiri di belakang sofa.

"Ada hal sikit, dekat-dekat sini je. Dah settle I terus balik, nanti I mandi kan you" kata Fahim dengan bersahaja.

"Ish tak payah la cakap benda tu" malu Sophea dibuatnya, kalau mereka berdua sahaja tak apa la. Ni ada Aqil dengan Tya sekali.

"Gatal la suami you ni" Sophea dan Fahim sama-sama memandang Aqil.

"Sibuk la kau" Fahim jeling Aqil tajam.

"You pergi la, jangan lama-lama sangat" Sophea menepuk lengan Fahim.

Baik dia suruh Fahim pergi sekarang sebelum lelaki itu bergaduh mulut dengan Aqil.

"Okay, love you baby" Fahim mengucup dahi Sophea lalu pergi dari situ.

Aqil dan Tya turut berbulu mata mereka lihat adegan itu. Macam dia seorang ada bini.

His BambinaWhere stories live. Discover now