Chapter 68

20.1K 1.1K 66
                                    

"B, tak payah la pergi" Sophea menggenggam erat tangan sebelah kanan milik Fahim.

"I okay je la sayang, siapa nak ganti tempat I kalau I tak pergi?" Ujar Fahim membuatkan muka Sophea bertambah kerutan menandakan marah.

"B bukannya sihat sangat, I risau tahu tak. Kalau apa-apa jadi time dekat sana nanti macam mana? Suka sangat buat orang risau" Sophea mula membebel.

Dia risaukan Fahim, selama sebulan ni dah 2 minggu suaminya itu tak sihat. Orang cakap degil, tak nak dengar.

"I dah sihat la, pagi ni kepala I mana pening macam selalu. Baby tak payah la risau, setiap saat I update pada baby nanti" Fahim menarik tubuh Sophea mendekati dirinya.

"Dah la, I tak nak kawan dengan b" Sophea menjauhkan dirinya lalu terus berpeluk tubuh.

"Sayang, tak kesian dekat husband baby ni ke?" Fahim berganjak di sisi Sophea.

Sophea hanya diamkan diri dengan muka yang bertangkup.

"I tak sihat ni, sayang" Fahim melentokkan kepalanya pada bahu Sophea.

"Tadi kata dah sihat, buat apa nak menempel pada I sekarang ni." Jawab Sophea senada.

"Baby, I pergi tak lama pun. 2 minggu je, sayang" ujar Fahim dengan mukanya menekup pada leher Sophea.

Sepanjang 2 minggu Fahim tak sihat, begitu la perangai dia. Sophea tak boleh nak pergi jauh, nak kena sentiasa ada depan mata.

"Suka hati b la, pergi sampai sebulan pun I tak kisah" sengaja Sophea jawab sedemikian.

"Sayang" Fahim mula merengek pada leher Sophea.

"Baby" panggil Fahim lagi memandangkan Sophea diam tidak memberi apa-apa respon.

"I tak kisah kalau b pergi kerja balik kerja macam biasa tapi kali ni b outstation dekat Kedah. Dengan keadaan yang tak sihatnya lagi, mana I tak risau." Sophea memalingkan badannya menghadap ke arah Fahim.

"Baby" Fahim merengek semula kerana fikir Sophea jauhkan diri dari dirinya.

"Gedik macam ni lagi nak pergi jauh-jauh" perli Sophea, sakit hati dengan suami sendiri.

"Baby tak sayang I dah ke?" Soal Fahim sambil meraih kedua belah tangan milik Sophea.

"Tak ada kena mengena dengan topic kita bual sekarang" jawab Sophea tegas.

Fahim mula mencebik melihat ke arah Sophea. Mahu tergelak Sophea dibuatnya tengok suami sendiri gedik macam ni.

"Mengada betul la suami I sekarang ni" ujar Sophea sambil menepuk ribanya.

Laju sahaja lelaki itu meletakkan kepalanya pada riba Sophea.

"I ajak pergi klinik tak nak. Kalau pergi klinik atleast dapat tahu sakit kepala b ni kenapa. Ini tak, bergantung pada panadol je memanjang." Geram Sophea dengan perangai suami sendiri macam ni rupa.

"Pening biasa je, nanti dekat sana kalau pening I melarat I suruh la Azri hantar pergi klinik" jawab Fahim berpihak pada dirinya.

"Ye ye la tu" soal Sophea curiga, lambat lagi dia nak percaya Fahim pergi ke klinik.

"Betul baby" Fahim menganggukkan kepalanya perlahan.

"Minta seminggu je tak boleh ke? Lepas b outstation, dah la sibuk dengan family day belah mommy pula" ujar Sophea sambil menguak rambut Fahim ke belakang.

"I memang nak kena ada dekat sana 2 minggu, settle semua I balik sini ambil baby then kita pergi la family day tu" jawab Fahim lagi membuatkan Sophea sakit hati.

His BambinaWhere stories live. Discover now