Chapter 22

20.5K 1.1K 60
                                    

Kini hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum Sophea pergi ke KL. Boutique nya pun sekarang Tya yang handle. Sengaja dia mahu Tya biasakan diri di boutique itu, senang bila dia tak ada nanti.

Sophea ke boutique hanya untuk siapkan baju anak Datin Roziah sahaja. Selain dari itu dia serahkan pada Tya, Aqil dan Aliya.

"Kak Sophea, hari ni akak kena pergi jumpa Datin Roziah tau. Dia kata ada nak tambah dekat baju anak dia tu" ujar Aliya.

"Pukul berapa tu? I kena pergi ambil Faiq dekat taska" Balas Sophea melihat waktu yang berdetik.

Kan dulu dia pernah beritahu, anak Datin Roziah itu cerewet. Selagi tak nikah selagi tu la dia mahu tambah kain pada baju. Sampaikan dah tak nampak bentuk yang asal seperti mula-mula bincang.

"Dalam pukul 430 macam tu. Dia suruh akak pergi O'Coffee Club" Sophea terus toleh memandang ke arah Aliya. Dia tak salah dengar kan tempat yang disebut oleh gadis itu?

"Dekat mana?" Soal Sophea minta kepastian.

"Cafe yang akak suka dulu, O'Coffee Club" jelas Aliya

"Okay, thank you inform I" ujar Sophea melangkah masuk ke ruang pantry.

Kenapa banyak-banyak tempat mesti di situ juga yang dipilih oleh Datin Roziah?

"Sophea, sini pun kau. Aku nak tanya, stock selalu sampai berapa banyak eh? Aku kira-kira tadi macam ada yang kurang" soal Tya sambil memegang buku yang berkenaan dengan Ary's Boutique.

"Stock aku ambil 2 kali sebulan, sekali ambil dalam 200 helai untuk satu design." Balas Sophea.

"Tapi tak menentu juga, ikut pada jenis baju. Mana yang orang selalu beli aku ambil banyak, lebih dari 200. Mostly memang 200 helai la untuk sekali restock" jelas Sophea lagi.

"Alright, patut la certain design ada yang lebih. Okay la aku nak sambung kira balik, thank you" Tya mengorak langkah keluar dari pantry.

Sophea bersyukur kerana dikurniakan rakan seperti Tya, jenis yang serba boleh. Sentiasa ada dengan dirinya tak kira apa pun.

_______________________________

Sophea menarik nafas yang dalam melihat cafe di hadapannya kini. Kali terakhir dia pergi ke sini bersama dengan lelaki itu.

Setelah kejadian haritu, lelaki itu terus tidak munculkan diri di depannya. Tipu jika dia cakap yang dia tak rindukan lelaki itu, tapi dirinya berkeras nafikan hal tersebut.

Dia mahu tanya pada Tya tentang lelaki itu tapi lidahnya seakan kelu nak bertanyakan soalan itu.

Sophea menuju ke meja yang diberitahu oleh Datin Roziah tapi langkah nya terhenti setelah lihat seorang lelaki di meja itu dan bukan nya Datin Roziah.

"Sophea right?" Tegur gerangan tersebut setelah nampak Sophea yang berdiri di depan meja itu

"Ya Sophea, and awak?" Soal Sophea

"I Fahmi. Have a sit" ujar lelaki yang bernama Fahmi.

"Sorry tapi bukan sepatutnya saya kena jumpa dengan Datin Roziah ke?" Soal Sophea. Datin Roziah pernah beritahu dirinya yang dia tak mempunyai anak lelaki tapi siapa di depan nya ini?

"Oh ya, aunty Zi tak dapat nak jumpa dengan you so dia minta tolong I untuk kirim pada you" jelas Fahmi membuatkan Sophea mengangguk faham.

"You order la dulu after this baru kita borak hal aunty Zi" ujar Fahmi lagi.

"Eh tak apa, saya baru lepas makan so still kenyang" Sophea menolak perlawaan dari Fahmi.

Dia mahu settlekan hal ini cepat, tak mahu berlama dengan lelaki yang dia sendiri tak kenal.

His BambinaWhere stories live. Discover now