Chapter 81

16.8K 984 112
                                    

Dari tadi Fahim kehulur kehilir di hadapan biliknya. Nak masuk takut kena smackdown dengan Puan Amanda. Jangan sampai dia masuk ikut tingkap walaupun tu bilik dia sendiri.

"Kau dah kenapa duk terpusing-pusing depan ni?" Terhenti langkah Fahim mendengar soalan dari Hana, kakaknya.

"Kau pantang mommy control Nizam macam ni juga ke?" Soalan dibalas dengan soalan, dia malas nak borak lama. Apa yang dia nak sekarang ni ialah Sophea.

"Nizam tu tak gatal miang macam kau. Elok je mommy bagi Nizam jaga aku" jawab Hana dalam nada perli.

"Aku miang dengan bini sendiri juga bukannya aku miang dengan bini orang" balas Fahim tak puas hati. Payah ada kakak mulut laser macam ni, rasa nak headshot pun ada kadang-kadang.

Hana terus berlalu pergi, malas mahu layan perangai Fahim. Dulu bukan main reject, sekarang bi hilang kejap pun tak boleh.

"Fahim, dari tadi daddy tengok duk tercegat depan pintu. Kenapa tak masuk tengok anak bini kamu dekat dalam?" Tegur Tuan Arman yang datang ke arah anak lelaki nya.

"Daddy macam tak kenal pula dengan mommy tu. Semalam dah kena piat telinga, nak putus rasa. Jari tu kalah ketam" sempat Fahim mengadu apa yang terjadi pada Tuan Arman.

Tergeleng kepala Tuan Arman. Bini nya pun, tak timbulkan masalah antara anak beranak memang tak sah agaknya.

"Dah ikut je daddy masuk. Pandai la nanti daddy cakap pada mommy" bersorak gembira hati Fahim bila dengar ajakan dari Tuan Arman. Ni yang sayang lebih sebab selalu backup dirinya bila terlibatkan Puan Amanda.

Fahim mengekori langkah Tuan Arman. Baru je masuk dah dapat jelingan tajam daripada Puan Amanda. Orang nak duduk dengan isteri pun tak bagi, bawa Sophea lari rumah nanti baru tahu.

"Cucu tok daddy ni asyik tidur je kerja, bila tok daddy dapat main sama" ujar Tuan Arman mencuit kaki kecil milik Aisar dan Aireen silih ganti.

"Awak ni jangan la diganggu budak tengah tidur. Berdua tu baru kejap reda dari merengek tak berhenti, awak dah kacau" Puan Amanda memukul perlahan belakang tubuh suaminya.

"Mana tak merengek dah kalau tok ma dia pisahkan papa dengan mama dorang" sedas sahaja Tuan Arman lepaskan buat Puan Amanda.

Fahim hanya mendiamkan diri seperti patung. Dia tak suruh pun Tuan Arman perli Puan Amanda, so ni bukan salah dia.

"Petang nanti ikut saya pergi majlis reunion. Kawan-kawan saya masa navy dulu ada buat perjumpaan, masing-masing bawa isteri jadi awak pun kena ikut" kata Tuan Arman pada isterinya yang duduk di sebelah Sophea. Patut la Fahim membatu sahaja dari tadi di belakangnya, ada raksasa jadian rupanya di sebelah isteri.

"Tak nak la saya, kalau saya pergi siapa yang nak jagakan Sophea? Awak pergi je la sorang" tolak Puan Amanda ajakan dari suaminya sebentar tadi.

"Sophea tu ada suami, Amanda. Fahim, anak kita tu suami Sophea. Pandai la dia jaga bini tengah pantang. Kamu tu je yang melebih tak bagi Fahim dekat dengan Sophea. Anak kita ni bukannya lurus tak tahu benda apa yang terlarang masa pantang. Nak manja-manja sikit dengan isteri tu biasa lah. Macam awak tu tak miang masa pantang, nasib iman saya kuat je masa tu" sekali lagi Tuan Arman perli Puan Amanda. Kali ni bukan takat sedas malah berdas-das dia bagi.

"Abang ni! Ke situ pula, ye la saya ikut pergi reunion tu. Saya saje je nak dera anak sendiri, tu pun tak boleh" Puan Amanda menjeling tajam ke arah dua beranak itu. Yang suaminya pun, kenapa hari ni nak perli dia je tak sudah? Malam tidur dekat luar baru tahu.

"Dah jom kita bersiap, pukul 4 dah nak ada dekat sana. Fahim, kamu jaga la Sophea tu sementara mommy tak ada ni. Teruk betul perangai mommy kamu sampaikan nak jumpa bini sendiri pun kena berebut" selesai sahaja Tuan Arman berkata, satu tamparan kuat melekap pada lengannya, sangat kuat.

His BambinaWhere stories live. Discover now