Chapter 21

21.8K 1K 28
                                    

"Sophea!" Tya berlari ke arah Sophea yang terduduk menangis sejurus sahaja dia membuka pintu.

Dirinya berasa hairan selepas lihat Fahim yang keluar dari bilik Sophea dengan muka yang dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu explain.

"Kau kenapa ni? Fahim ada buat apa-apa ke? Bagitahu aku" soal Tya bertalu sambil menggoncang bahu Sophea. Risau jika ada apa-apa yang berlaku tadi.

"Aku takut Tya. Aku takut nak buka hati aku semula untuk orang yang sama. Mustahil benda yang sama tak akan berlaku" ujar Sophea dengan nada yang sayu. Dirinya dipenuhi dengan bayang-bayang yang lepas.

"Sophea, aku faham. Jangan seksa perasaan kau sebab benda ni, kau ada hak untuk buat keputusan yang terbaik untuk diri kau. Sorry kalau Fahim ada desak kau, aku minta maaf sangat-sangat" ujar Tya serba salah pada Sophea.

Tadi gadis ini elok je boleh tertawa sama-sama dengan dirinya, sekarang dipenuhi dengan air mata.

"It's okay. Aku kena jadi kuat untuk lupakan benda yang lepas. Aku tak salahkan dia untuk semua ni, diri aku yang salah sebab pilih jalan ni." Ujar Sophea tersenyum nipis walau air mata masih mengalir.

Tya menarik Sophea dalam pelukannya dan di situlah pecah tangisan Sophea. Sungguh dirinya lemah jika berkaitan dengan hal ini.

Dia perlukan seseorang pada masa ini iaitu tuan Mustapha, abah nya.

_______________________________

Buk!

Buk!

Buk!

Bertalu-talu Fahim menumbuk punching bag dengan perasaan yang marah.

Marah pada diri sendiri kerana buat gadis itu terluka.

Marah pada diri sendiri kerana gagal jadi yang terbaik buat gadis itu.

Marah pada diri sendiri kerana menjadi penyebab mengalirnya air mata gadis itu.

"Fahim, dah la tu" tegur Emeyr yang dari tadi lihat aksi tumbukan di depan mata.

"Aku gagal Meyr, aku hilang dia lagi sekali" ujar Fahim mengendur.

Tumbukannya makin perlahan dan buat dirinya terduduk pada permukaan lantai itu.

"Kau give up?" Soal Emeyr. Kasihan melihat rakannya seperti ini disebabkan seorang wanita.

Fahim menggelengkan kepala.

"Then? Kejar dia sampai dapat. Jadikan dia milik kau macam yang kau nak sebelum ni. Kau penyebab dia merana pada masa lepas dan kau juga boleh jadi penyebab dia bahagia untuk masa depan." Ujar Emeyr memberi semangat pada rakan nya itu.

"Dia dah tak nak jumpa aku lagi Meyr. Kalau itu yang buat dia bahagia, aku terpaksa jauhkan diri dari dia" balas Fahim.

"Ni bukan Fahim yang aku kenal, Fahim seorang yang tak mudah putus asa. Fahim yang aku kenal banyak helah asalkan dia dapat apa yang dia nak. Aku nak Fahim yang tu ada pada diri kau, bukan Fahim yang lemah" Emeyr menepuk bahu Fahim.

"Kalau dia tak nak jumpa kau lagi, kau jaga dia dari jauh. Sentiasa ada dengan dia walaupun jarak korang jauh. Itu pun cukup memadai untuk kau sentiasa dekat dengan dia" sambung Emeyr. Lepas ni dah boleh tukar job dari Polis pada Doctor pakar cinta.

Fahim mengangguk menandakan dia setuju dengan kata-kata Emeyr itu. Dirinya bukan la sejenis yang mudah mengalah untuk tangani sesuatu.

Dia akan buat apa sahaja asalkan Aryanna Sophea bahagia walaupun suatu hari nanti dia terpaksa melihat gadis itu berkahwin dengan orang lain.

His BambinaWhere stories live. Discover now