Chapter 31

20.2K 1K 71
                                    

Kini sudah genap sebulan boutique Sophea beroperasi di KL. Sambutan yang dia dapat lebih kurang sama dengan yang di Johor.

Sebut pasal Johor, selama sebulan ni tiada sehari pun dia pulang ke sana. Sophea mahu stabilkan boutique di sini terlebih dahulu baru fikirkan tentang pulang ke Johor.

Puan Maria selalu contact dirinya bertanyakan hal bila nak balik Johor. Bukan takat itu sahaja, membebel tentang perkara yang lain pun ada.

Tya juga selalu beritahu tentang boutique yang di Johor. Bila tanya okay ke tak, gadis itu sentiasa cakap bereh boh.

Oh ya, Liya pun ada beritahu yang Tya dengan Aqil dah kamcing. Makin pening dibuatnya bila dua-dua satu kepala.

Akhir sekali, Fahim. Hubungannya dengan lelaki itu boleh dikatakan semakin rapat tapi masih sekadar kawan. Ada la beberapa hari Fahim datang ke boutique nya dengan alasan ada kerja di sekitar itu.

Cuma lately ni Sophea rasa macam Fahim menjauhkan diri darinya. Tak tahu la kalau itu hanya mainan perasaan nya sahaja. Lelaki itu jarang contact dengan dirinya macam selalu.

Fahim jadi dry texter jika Sophea chat bertanyakan sesuatu hal.

Bila dia tanya pada Tya tentang lelaki itu, Tya kata abang nya elok sahaja pergi dan balik kerja. Muka pun masih ceria macam selalu. Sophea sudah buntu bila Tya berkata begitu.

Kalau dirinya ingin memulakan perbualan, Fahim akan kata yang dia busy seolah-olah mengelakkan diri daripada Sophea.

Sekarang, nampak seperti Sophea yang terhegeh-hegehkan Fahim.

Dirinya sudah teringatkan perkara yang jadi 8 tahun lepas. Jalan cerita lebih kurang sama, Sophea jadi takut jika perkara itu berulang kembali.

Atau dia boleh katakan yang dia sudah mula menerima Fahim lebih dari sekadar kawan.

Tok! Tok!

"Masuk" ujar Sophea yang sedang mengira stock baju bulanan.

"Akak, ada orang nak jumpa" kata Nisa.

"Siapa?" Sophea memandang ke arah Nisa.

"Tak tahu la, lelaki tapi handsome" sempat Nisa memuji orang itu.

"Amboi, semua lelaki you kata handsome" Sophea tertawa, ada je la budak kembar berdua ni.

Nisa sudah tersengih. Dua-dua sama naik kalau nampak lelaki handsome.

"Kejap lagi I keluar" Nisa mengangguk lalu tutup pintu itu semula.

Sophea mencari kelibat orang yang mahu jumpa nya tetapi tak nampak.

"Mana orang nya, Nisa?" Soal Sophea yang masih meninjau mencari gerangan tersebut.

Ehem!

Sophea menoleh ke belakang menghadap orang yang berdehem tadi.

"Fahmi?"

"Ya, hi" Fahmi tersenyum ke arah nya.

"Mana awak tahu saya dekat sini?" Soal Sophea pelik.

"Haritu I ada terserempak dengan kawan you, Tya. I tanya la you mana dia kata you dah pindah KL. Tak sangka pula boutique you berdepan dengan office I" terang Fahmi.

Sophea mengangguk faham, kenapa Tya perlu beritahu di mana keberadaan dia!

"Dah lama ke you buka boutique dekat sini?" Soal Fahmi ramah.

"Around 1 month macam tu" jawab Sophea. Kepalanya masih dalam proses dengan perkara yang terjadi di depan mata.

"Oh nice, I suka concept boutique you" puji Fahmi.

His BambinaWhere stories live. Discover now