Chapter 8

24.8K 1.2K 68
                                    

"Assalamualaikum" Sophea memberi salam di pintu utama kediaman Puan Amanda.

"Waalaikumussalam. Ya Allah Sophea" Puan Amanda menarik Sophea ke dalam pelukannya. Rindu sungguh!

"Jom masuk" ajak Puan Amanda menarik tangan Sophea.

Di halaman rumah Puan Amanda sedang sibuk memasang khemah untuk majlis Farhana.

"Sorry la Sophea jarang contact mommy lately ni" ujar Sophea mengusap tangan orang tua itu. Kebelakangan ini dia serabut!

"Ala mommy faham. Ni mommy tak ganggu Sophea ke suruh datang ke sini?" Soal Puan Amanda

"Tak la mommy. Untuk mommy semua boleh" Sophea tertawa.

Puan Amanda merenung muka Sophea lama. Sophea berasa hairan.

"Kenapa mommy tenung Sophea macam tu? Takut Sophea" seloroh Sophea.

"Tak ada apa saje nak tengok muka Sophea lama-lama. Dah lama tak jumpa" balas Puan Amanda. Sophea hanya mengangguk lalu tersenyum.

Jika hubungan Fahim dan Sophea baik, tentu dia sudah bermenantukan gadis ini. Sungguh, dia mahu jadikan Sophea menantunya!

"Ni mommy ada nak Sophea tolong apa-apa tak? Masukkan goodies ke apa ke just tell me, Sophea boleh tolong" takkan la dia datang untuk berbual dengan Puan Amanda sahaja, mestilah kena bantu apa yang patut.

"Tak apa mommy nak borak dengan Sophea sepanjang hari ni. Orang lain ada biar dorang buat" ujar Puan Amanda. Sophea sudah tidak boleh membantah kata-kata itu.

Puan Amanda menarik Sophea pergi ke taman belakang rumah nya. Tiada orang jadi dia boleh berborak dengan anak gadisnya ini tanpa gangguan.

"Daddy tak ada ke mommy?" Soal Sophea. Tidak nampak kelibat Tuan Arman dari tadi.

"Biasa la daddy tu. Dah pencen pun masih sibuk dengan Navy dia" jawab Puan Amanda nada geram. Sophea sudah tertawa.

"Ni mommy nak jumpa Sophea ada apa-apa ke? Macam serious je bunyi bila Tya chat tadi" tanya Sophea berbasa-basi. Risau jika dia ada buat salah!

"Tak ada apa saje je. Mommy nak kawan berborak. Ye la lepas ni Hana dah ikut laki dia. Bosan la mommy" nada nya seperti merajuk pun ada.

"Tya kan ada" ye la Tya tu kan boleh dikatakan sentiasa berada di rumah berbanding pejabat.

Tuan Arman selain menjadi anggota Navy, dia juga merupakan bussiness man menanam pelbagai jenis nanas dan Tya la yang menguruskan bussiness nya itu. Fahim tidak berminat untuk ambil alih dan bertegas untuk menjadi Polis. Farhana pula sudah ada bussiness product kecantikan nya sendiri. Tuan Arman sebagai bapa pun tidak mahu halang minat anak-anak nya.

"Ala Tya tu ada saje. Balik dari kerja terus masuk dalam bilik. Mommy nak kawan borak macam Sophea ni" mahu saje dia ajak Sophea duduk di rumah ini.

"Kalau mommy boring call je Sophea. Nak Sophea datang pun boleh" rumah ibunya dan Puan Amanda tidak jauh jadi mudah saje kalau dia mahu datang.

"Kan best kalau mommy dapat menantukan Sophea" tanpa sedar ayat itu keluar dari mulut Puan Amanda. Sophea sudah tersenyum kelat di tempat duduknya.

"Eh Sophea, maaf mommy tak sengaja" serba salah Puan Amanda dengan kata-kata nya tadi. Sungguh dia tidak perasan!

"Sophea tak kisah la. Ha kalau macam tu suruh la Fahim carikan mommy menantu cepat-cepat nanti mommy ada la kawan borak" Sophea senyum sambil berkata seolah-olah tiada apa.

His BambinaWhere stories live. Discover now