Chapter 70

19.8K 1.1K 145
                                    

"Sophea dah siap? Jom kita pergi klinik" Puan Amanda berdiri di hadapan bilik Fahim dengan tangannya sibuk mencari barang di dalam handbag.

Faham-faham la handbag orang perempuan ni macam mana.

"Jap mommy, Sophea nak kena call Fahim dulu" jawab Sophea yang sedang membuat panggilan.

"Ye la, mommy masuk kereta Tya dulu. Jangan lama sangat call dengan Fahim" pesan Puan Amanda sebelum berlalu dari situ.

"Hello, sayang" panggilan dijawab oleh suaminya.

"B, lama nya nak angkat call. Buat apa dari tadi?" Berkerut Sophea membebel pada lelaki itu.

"I baru balik breakfast dengan Azri, kenapa ni sayang?" Soal Fahim lembut.

Angkat call isterinya terus menyinga, nasib diri nya dah okay sikit tak mengada sangat macam selalu. Kot?

"I nak keluar dengan mommy, Tya pun ikut sekali. I nak minta izin b, boleh tak?" Nada suaranya turut menurun.

Entah kenapa pagi ni dia bangun rasa moodnya tak elok. Tiba-tiba rasa sensitive satu badan.

"Boleh, baby. Keluar pergi mana?" Lembut sahaja pertuturan daripada suaminya.

Rasa bersalah pula tiba-tiba dia angin tak tentu pasal bebelkan Fahim.

"Mommy nak pergi klinik jap then tak tahu la. I ikut je" Sophea beri jawapan kurang tepat.

Kalau dia cakap dirinya yang pergi klinik, lagi banyak Fahim soal. Tahu-tahu dah tercongok depan rumah Puan Amanda petang nanti.

"Okay, take care baby. Pakai card I kalau nak beli apa-apa okay, love?" Serta merta muka Sophea rasa bahang tak tentu pasal, jarang Fahim bahasakan dirinya dengan panggilan love.

Rasa nak rendam muka dalam ice sekarang ni!

"Okay husband. I nak letak call dulu, mommy dah tunggu dalam kereta"

"Love you, sayang." Sempat lelaki itu mengucapkan bait-bait cinta sebelum panggilan itu dimatikan.

Sophea berjalan menuju ke luar rumah. Laju kaki nya melangkah pergi ke arah kereta Tya.

Bimbang mertuanya mula membebel kerana dia lambat.

"Dah habis borak dengan suami?" Soal Tya dengan nada mengusik sejurus sahaja Sophea masuk ke dalam keretanya.

"Ish ada-ada je la kau ni. Minta izin je" Sophea menjeling Tya melalui cermin pandang belakang.

Kalau bab mengusik, laju je kawannya itu. Sama la perangai dengan abang, memang padan jadi adik-beradik.

"Ni nanti pergi klinik, apa-apa berita Sophea simpan dulu ya. Termasuk suami Sophea tu sekali" pesan Puan Amanda yang duduk bersebelahan dengan Tya.

"Baik mommy" Sophea hanya patuh dengan kata-kata mertuanya.

"Aryanna Sophea" panggil seorang nurse setelah pintu bilik doctor di buka dari dalam.

"Your turn, jom mommy teman" Puan Amanda memimpin tangan Sophea menuju ke bilik tersebut.

Sophea rasa tubuhnya kini terus dingin. Gugup nak tahu keputusan akan datang.

Masa pendaftaran tadi baru dia tahu kenapa Puan Amanda beria mahu dia pergi ke klinik. Rupa-rupanya nak check sama ada dia mengandung atau pun tidak.

Dia tak mahu berharap tapi jauh di sudut hati dia mahukan berita yang gembira.

His BambinaWhere stories live. Discover now