Chapter 39

19.1K 984 105
                                    

"Fahim, kau okay tak okay?" Soal Azri melihat ke arah Fahim yang termenung dari tadi.

Sejak tiba di Sabah, rakannya itu tak buka mulut sangat. Bila tanya jawab sepatah-sepatah sahaja.

Hanya dia dan Emeyr je yang berborak panjang.

"Okay" jawab Fahim menoleh sekilas pada Azri.

"Kalau okay kau tak termenung macam ni. Apa benda yang ganggu fikiran kau?" Fikir dia tak tahu nak bezakan orang yang ada masalah dengan tak ada masalah.

"Apa lagi kalau bukan pasal Sophea" jawab Emeyr memandangkan Fahim masih mendiamkan diri.

"Kenapa? Bukan hubungan dia dengan Sophea okay je ke?" Soal Azri hairan.

Emeyr selalu mengadu dengan dirinya yang Fahim angau dengan Sophea, ni sekarang lain pula.

"Tiger" terus Azri dan Emeyr menoleh ke arah Fahim serentak.

"Tiger gunakan Sophea untuk takut kan aku" ujar Fahim lagi.

Azri dan Emeyr hanya memasang telinga.

"3 minggu, Tiger sentiasa ada dengan Sophea. Dia hantar gambar Sophea tak kira dekat mana pun Sophea pergi pada aku. Sampaikan Sophea balik rumah pun dia tetap follow" Fahim mencampak kan telefon nya di atas meja yang memaparkan semua gambar Sophea.

"Tak relax betul ikut anak dara orang balik rumah" ujar Azri yang jarinya sedang scroll melihat semua gambar itu.

"Tiger ugut aku, kalau aku tak ikut arahan dia Sophea dalam bahaya. Aku terpaksa jauhkan diri daripada Sophea, Azri. Mata-mata dia sentiasa ikut Sophea ke mana sahaja. Aku tak boleh nak buat apa untuk jumpa Sophea" Fahim meraupkan mukanya.

"Dia tahu kelemahan aku Sophea. Aku tak dapat nak terangkan pada Sophea, Azri." Sambung Fahim.

"Sebab tu kau buat Sophea bencikan diri kau?" Sampuk Emeyr.

"Ya, supaya Sophea tak dekat kan diri dia dengan aku. Hati aku sakit Meyr bila buat semua ni dekat Sophea tapi aku tak ada pilihan. Aku bukan saje-saje nak sakitkan hati dia, aku tahu mata Tiger sentiasa perhatikan Sophea" terang Fahim lagi.

"Tiger ada munculkan diri depan Sophea ke?" Soal Azri dengan jantung nya berdebar.

Bukan boleh buat main dengan harimau jadian ni.

Fahim menganggukkan kepalanya sebagai jawapan.

"Apa plan kau sekarang ni?" Soal Emeyr pula, panas hatinya ketika ini bila dengar cerita yang sebenar.

Sebelum ini dia hanya tahu yang Fahim kena ugut sahaja.

"Dalam masa sebulan ni, aku nak kita hancurkan Tiger. Then aku nak jumpa Sophea dan betulkan semuanya" jawab Fahim perlahan.

Dirinya ketika ini cukup serabut memikirkan cara untuk jatuhkan Tiger.

_______________________________

"Assalamualaikum" Sophea membuka pintu utama rumah Puan Maria.

"Mama!" Jerit Faiq lalu berlari ke arah Sophea.

"Faiq, rindunya dengan anak mama seorang ni" Sophea memeluk erat tubuh anak kecil itu.

"Lama nya mama tak balik sini, mama tak sayang Faiq dah ke?" Soal anak kecil dengan suara yang sayu.

"Mama work jauh, sayang. Mama tak dapat nak balik rumah tok ibu macam biasa" terang Sophea cuba memujuk Faiq.

"Faiq? Siapa datang?" Soal Puan Maria yang keluar dari biliknya setelah selesai solat Zohor.

His BambinaWhere stories live. Discover now