Chapter 60

26.1K 1.1K 66
                                    

Sophea tersedar dari tidurnya, lihat jam sudah pukul 5 pagi.

Dia tersedar kerana kakinya tiba-tiba mengalami kekejangan pada bahagian betis. Sophea sudah mula nangis bila sakit itu makin lama makin terasa.

"Sayang" Fahim menukar posisinya kepada duduk.

Sophea menoleh disebelah nya, sejak bila Fahim tidur di situ? Tak ada masa nak fikir.

"Fahim, kaki I kejang" Sophea menepuk-nepuk lengan Fahim.

Fahim memegang kedua belah kaki Sophea dan naikkan sedikit. Terkejut dia tengah sedap tidur tiba-tiba dengar Sophea menangis tadi.

"Sakit lagi tak?" Soal Fahim, dia tak boleh nak buat apa. Kejang ni kalau nak diikutkan dia baik sendiri, orang lain tak boleh nak tolong hilangkan.

Sophea hanya diam menunduk.

"Sayang, still sakit?" Soal Fahim lagi sekali melihat Sophea diam sahaja tidak menjawab.

Fahim mula perasan bila bahu Sophea terenjut-enjut, isterinya menangis.

"Sayang, hey kenapa ni? Sakit lagi ke?" Fahim memicit kaki isterinya. Risau dia lihat Sophea yang masih diam dan tangisan makin menjadi-jadi.

Sophea menggeleng kepalanya tanda dia tidak sakit lagi tetapi dia masih menangis.

"Sayang, jangan buat I risau macam ni" Fahim bergerak ke arah Sophea yang bersandar pada kepala katil.

Fahim menolak dagu Sophea agar pandang dirinya. Habis merah hidung gadis itu kerana menangis.

"Sayang menangis sebab sakit kaki ke apa ni?" Fahim mengusap air mata itu ke tepi.

Sophea hanya diam melihat tepat mata milik Fahim dengan matanya masih berlinangan.

"Sayang I kenapa?" Fahim masih tak berputus asa menanyakan soalan.

"You bukan marahkan I ke semalam? Kenapa you tiba-tiba ada dekat sebelah I? Kenapa you tolong I sedangkan you marah pada I?" Sekali gus Sophea memberikan soalan.

"Sayang, mana ada I marah. Tak kan I nak marah dekat isteri I yang comel ni" Fahim menarik hidung Sophea bagi lagi merah.

"Sorry sebab malam tadi. I penat, bila balik tengok sayang dalam bilik seorang-seorang makan sendiri. I marah dengan diri I sendiri sebab tinggalkan sayang dalam keadaan pantang macam ni. I terikutkan sangat emosi malam tadi sampai nak terlepaskan pada you. Sorry sayang" Fahim jelaskan perkara yang buat dirinya rasa serba salah pada malam tadi.

"You tak marah pada I?" Fahim menggeleng dan menarik Sophea ke dalam pelukannya.

"I kena balik semula ke Segamat haritu, I terpaksa tinggalkan you. Sorry sayang" Fahim mengucup dahi Sophea sekilas.

"Kenapa I call semua tak angkat?" Sophea bermain cincin pada jari Fahim.

"I duduk dalam hutan sayang, tak ada line nak contact dengan you. Sorry" sekali lagi Fahim mengucup dahi isterinya.

"Sayang semalam kenapa cakap benda yang bukan-bukan?" Walau masih awal pagi nak bercakap tentang ni, tapi Fahim mahu tahu apa punca isterinya jadi begitu sekarang.

"Makcik Timah" ringkas Sophea memberi jawapan.

"Dia buat apa pada you?" Sophea mendongak melihat Fahim.

"Kenapa you tak panggil I baby?" Terkebil-kebil mata Fahim melihat isterinya.

"Bukan I tak nak panggil tapi-"

His BambinaWhere stories live. Discover now