Chapter 9

24.5K 1.1K 118
                                    

"Hello. Ada apa call?" Tya mengangkat panggilan dari Fahim dengan nada yang kasar. Sudah la dia baru lepas mengelakkan diri Sophea dari laki miang si Zarif tu! Ni datang pula lelaki miang lagi sorang.

"Belum apa-apa dah kena marah? Kau kenapa?" Soal Fahim hairan dengan perangai adiknya itu.

"Zarif tu la. Kau tahu dia nak mengorat Sophea tadi. Ish! Menyampah betul aku" geram dibuatnya bila kenang si Zarif tu tak habis habis mahu menempel dengan Sophea. Kesian dia melihat Sophea seperti terkulat-kulat mahu membuat kerja.

"Zarif ngorat Sophea?" Dingin suara yang keluar dari Fahim.

Tya sudah menepuk mulutnya. Tak boleh pakai betul la mulut ni! Dah tentu abang nya itu marah kerana ada orang kacau buah hati dia.

"Aku tanya Tya, Zarif kacau Sophea?" Bertambah dingin suaranya. Berani lelaki bernama Zarif mengorat Sophea nya?

"Ya" sungguh perlahan suara Tya. Fahim menghembus nafas dan menguak rambut nya kebelakang.

"Sophea aku okay?" Suaranya sudah mengendur. Ah! Dia rasa seperti mahu terbang ke Johor saje sekarang ni.

"Sophea okay tapi tadi makcik Timah cakap bukan-bukan dekat dia. Tya tak nak bagitahu kalau ikutkan tapi nanti kau dapat tahu sendiri lagi teruk aku kena" malas mahu berselindung dengan lelaki itu. Kalau bukan pada dia sudah tentu dia soal Farhana.

"Tch! Tolong Tya tengokkan Sophea sementara aku dekat sini" suara Fahim seperti sedang merayu kepada adiknya itu. Kalau la dia dibenarkan untuk membunuh, orang yang sakiti Sophea dia bunuh dulu!

"Ya aku tahu. Tu je kan? Okay bye" Tya terus meletakkan panggilan itu.

"Oi kau asal termenung? Ingat buah hati ke apa?" Azri menepuk bahu Fahim yang kelihatan termenung dari tadi.

"Tak ada apa la. Tak boleh ke kita mulakan misi ni sekarang? Sumpah aku nak balik Johor!" Mukanya nampak serabut memikirkan soal Sophea tadi. Kalau dia kahwin dengan gadis itu, memang dia sorok Sophea dalam baju.

"Sejak pindah Johor ni bukan main lagi kau resah semacam. Kau kahwin diam-diam eh?" Tebak Azri. Ye la muka macam tinggal bini je.

"Memang tak la aku nak kahwin diam-diam." Azri tertawa setelah dapat jelingan maut dari rakannya. Suka betul mengusik Fahim dalam keadaan begini.

"Kita tunggu update dari Badrul la. Latest update dua orang tu tengah sorok dekat rumah kedai kawasan Kangar." Fahim mengangguk dengan penjelasan dari Azri itu.

Dia sudah tidak sabar mahu selesaikan misi ini. Rindu pada Aryanna Sophea dah tak dapat dibendung lagi. Belum kahwin dia sudah saru begini, nanti dah kahwin? Boleh jadi gila dia.

_______________________________

Hari sudah lewat malam tapi Sophea masih tidak boleh lelapkan matanya walaupun dia mengantuk. Kepalanya asyik memikirkan tentang Fahim.

Sihat atau tidak dia di sana?

Apa Fahim buat di sana?

Betul ke apa yang Zarif cakap tentang Fahim tadi?

"Sophea busy ke?" Zarif menujukan soalan buatnya.

"Tak sangat, kenapa?" Dia terpaksa berbasa-basi dengan lelaki dihadapannya ini kerana tidak mahu dianggap sombong oleh lelaki itu.

"Saje je tanya, lama tak jumpa Sophea. Makin cantik sekarang abang tengok" ya itu la gelaran yang dipakai oleh Zarif buat dirinya. Rasa seperti mahu lari dari situ.

His BambinaWhere stories live. Discover now