Chapter 6

27.1K 1.2K 72
                                    

Fahim bergegas menuju ke balai yang telah diberitahu oleh orang atasan kepada diri nya bagi membincang kan kes tersebut.

Dia perlu menyusun strategi untuk berhadapan dengan musuh nanti. Fahim dapati maklumat ada beberapa orang asing memasuki Malaysia secara seludup dan sekarang mereka berada di Perlis.

Fahim sebagai ketua akan memastikan dia berjaya menumpaskan musuh walau dia terpaksa gadai kan nyawa.

Dengan maklumat yang ada pada Fahim kini, musuh nya itu bukan la calang-calang orang. Sudah banyak kali terlepas.

Musuh nya itu juga merupakan pengedar dadah dan pembekal senjata haram.

Fahim perlu menumpukan perhatian yang sepenuh nya untuk tangani kes ni.

Dia berani mati demi negara!

_______________________________

Sophea memulakan hari nya seperti biasa walaupun malam tadi dia tidur ditemani oleh air mata tapi dia harus harungi nya sendiri.

Malah semalam dia bukan nya pulang ke rumah keluarga nya tetapi ke rumah nya sendiri.

Sophea tidak mahu Melia melihat diri nya yang lemah, dia sudah banyak kali bergantung pada kakak iparnya itu.

"Eh nok kau okay tak?" Tegur Aqil sejurus melihat muka Sophea yang separuh mati itu.

Sophea hanya mengangguk kan kepalanya lalu masuk ke dalam bilik office milik nya.

Aqil hanya membiarkan Sophea berlalu pergi. Sat gi dia cakap banyak risau kena sumbat lebihan baju pula.

Sudah la hari ni dia menjaga boutique itu seorang diri. Aliya mengambil cuti kerana senggugut kata nya.

Tidak dapat la dia mahu curi tulang hari ini!

Semasa Aqil membersihkan boutique itu menggunakan bulu ayam, seorang lelaki membuka pintu utama lalu masuk ke dalam.

"Eh! Kau tak nampak ke dekat pintu tu tulis close. Kau masuk kenapa?" Marah Aqil sambil bercekak pinggang.

Buta ke apa mamat ni.

"Maaf, saya datang hanya nak hantar bunga ni je untuk cik Aryanna Sophea" jawab lelaki itu lalu menghulurkan sejambak bunga kepada Aqil.

"Ha dah tu keluar la. Kedai tak buka lagi nanti pukul 10 datang balik beli baju dekat sini" kata Aqil menghalau lelaki itu. Sempat memesan suruh beli baju lagi!

Lelaki itu tidak mahu berlama di situ, dia terus keluar dari boutique tersebut.

Nak minta sign pun sewrammm.

"Nok, ni ada orang hantar bunga untuk you" kata Aqil sejurus masuk ke office Sophea.

Bunga lagi?

"Letak la dekat meja tu nanti I ambil" balas Sophea.

"You okay tak ni? Macam mak hilang anak je I tengok" tanya Aqil.

Kalau Sophea tiada mood, dia nak bercakap dengan siapa?

Bosan la dia sepanjang hari ni!

"I okay je. Ni Aliya tak ada kalau nanti you tak menang tangan panggil la I. I nak sambung jahit baju kak Hana" kata Sophea. Fikir nak siapkan semalam, Tya datang pula.

"Okay nyah. Qila gerak dulu tataaa" ujar Aqil dengan nada yang gedik.

Sophea hanya tergelak melihat telatah pekerja nya itu.

Sophea bergerak ke bunga yang di letak oleh Aqil pada meja nya.

Masih white roses!

Sophea mengambil card lalu membacanya.

His BambinaWhere stories live. Discover now