~Special Chapter~

Začít od začátku
                                    

Sophea jatuhkan phone nya dari melekap di telinga. Tak cukup dengan yang lepas kini Fahim babitkan anak-anak nya pula? Apa lagi tipu helah yang laki itu mahu buat.

Sophea mulakan pemanduan menuju ke rumah ibunya. Dia tak boleh berterusan duduk di rumah nya seorang diri. Dia risau kalau ada perkara yang tak diingini berlaku.

"Assalamualaikum" Sophea melangkah masuk ke dalam rumah.

Sunyi.

"Sophea? La kenapa balik tak bagitahu" Sophea terus berpusing menghadap Puan Maria di belakang.

Nak gugur jantung nya lihat Puan Maria yang lengkap bertelekung putih. Dah la sunyi tadi, tiba-tiba ditegur begitu mahu nya tak terkejut.

"Ibu" Sophea terus memeluk tubuh Puan Maria dan menangis semahunya.

"Kenapa ni, Sophea?" Puan Maria mengusap belakang tubuh Sophea.

"Ibu, Sophea tak ada- Princess!" Puan Maria menoleh ke arah Adrian yang tergopoh-gapah turun dari tangga.

"Abang Adrian" Sophea pergi ke arah Adrian lalu memeluk tubuh itu pula.

Adrian memandang Puan Maria, Puan Maria turut memandang Adrian. Lalu Puan Maria pergi dari situ, pandai la anak menantunya selesaikan.

"Princess, abang nak cakap something ni pasal Fahim" beritahu Adrian berhati-hati, risau jap lagi dia kena sepak dengan mak buyung.

"Sophea tak nak dengar pasal dia" balas Sophea nada marah.

Adrian mengusap tengkuknya, ni soal hidup dengan mati je ni.

"Dengar dulu apa yang abang nak cakap" Sophea memandang wajah Adrian dengan mata nya dipenuhi dengan air mata.

"Cengeng la princess abang ni" Adrian mengusap air mata Sophea ke tepi.

Nasib bayaran lumayan.

"Princess kena ikut abang pergi resort, Fahim ada dekat sana. Sophea tengok dulu keadaan dekat sana lepastu Sophea nak bunuh Fahim tu pun bunuh la" Sophea berkerut tanda tak faham dengan apa yang Adrian cuba sampaikan.

"Fahim kena tangkap basah ke?" Soal Sophea tanpa tapis lagi.

"Tu abang tak nak cakap, better Sophea tengok dengan mata sendiri" Adrian masih bermain dengan kata-kata yang makin membuat Sophea rasa keliru.

"Jom" Adrian menarik tangan Sophea keluar dari rumah.

"Tak nak, Sophea tak nak pergi" tergeleng-geleng kepala Sophea tidak mahu masuk kereta.

Kali ni Adrian menggaru kening nya pula. Macam mana ni?

"Princess kena pergi kalau tak Sophea tak tahu apa yang Fahim buat belakang Sophea selama ni" Adrian masih cuba memancing adiknya.

Lambat-lambat Sophea mengambil tempat di sebelah pemandu.

"Fahim ada perempuan lain ke belakang Sophea?" Sophea merenung anak mata Adrian pinta jawapan.

"Mungkin" jawab Adrian sambil mengangkat bahu.

Sophea terus berpaling menghadap tingkap setelah dengar jawapan dari Adrian. Jadi betul la tekaan nya sebelum ni?

Perjalanan yang hampir 3 jam, kini mereka sudah sampai ke destinasi.

"Buat apa dekat sini?" Soal Sophea menoleh ke arah Adrian di sebelah.

"Fahim ada dekat sini, abang tak tahu apa yang dia cuba buat. Tapi abang yakin dia buat something yang tak patut. Sophea pergi la masuk, bilik dia paling hujung belah kanan" jawab Adrian membuatkan jantung Sophea serta merta berdebar.

His BambinaKde žijí příběhy. Začni objevovat