𝐓𝐖𝐄𝐍𝐓𝐘-𝐓𝐖𝐎; 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐄𝐍𝐃

43 6 4
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

● ● ●

"Sayang, buat apa tu?"

Imam mengambil tempat di sebelah Hani yang sedang duduk ambil angin di luar balkoni bilik tidur mereka.

Gadis itu berpaling memandang wajah tampan milik suaminya. Hani mencapai tangan Iman lalu dia menyatukan tangan mereka berdua.

"Saja ambil angin dekat luar. Rasa nyaman aje." Jawab Hani sambil tersenyum manis sehingga menonjolkan dua lesung pipitnya.

"Sayang, kalau Iman nak cubit pipi sayang boleh?" Soal Iman dengan wajah polosnya.

Hani mengerutkan dahinya.

"Soalan apa tu sayang? Cubit ajelah, kita dah halal kan?"

Hani mengangkat genggaman tangan mereka lalu dihayunkan di depan muka suaminya. Iman tersengih sahaja melihat cantuman tangan mereka berdua.

"Meh, sayang duduk sebelah Iman." Ajak Iman.

Gadis itu mengangguk lalu dia bangun beralih tempat di sebelah Iman. Kerusi itu cukup untuk memuatkan mereka berdua.

Bahu Hani dirangkul dengan kemas oleh Iman. Manakala, Hani pula menyandarkan kepalanya di bahu Iman. Em, selesanya...

"Sayang sajalah nak tanya, sayang tak rasa ke kisah cinta kita ni terlampau ringkas?" Soal Hani.

"Ringkas-ringkas pun masih padat sayangku Hani. Seringkas apa pun kisah cinta kita berdua, cinta Iman pada sayang tetap istimewa. Iman selalu berdoa agar hubungan kita ini bakal kekal hingga ke jannah dan Iman akan selalu doakan supaya rumah tangga kita akan kekal bahagia sampai kita ada anak dan cucu."

"Kalau ada sedikit salah faham antara kita berdua, seeloknya kita berbincang baik-baik. Bertolak ansur sekiranya perlu, rendahkan ego dan yang paling penting jangan pernah ragu-ragu dengan satu sama lain." Jelas Iman dengan maksud yang penuh dalam pada isterinya.

Rambut Hani yang sedang berterbangan kerana angin itu Iman sangkut di belakang telinganya. Nikmat bercinta lepas kahwin ini memang betul-betul lain macam.

"Sayang, nak Iman tolong payungkan ke sekarang? Hujan dah slow slow turun tu nak jadi third wheeler kita..." Seloroh Iman bila hujan mula turun dengan renyai-renyai. Sudah elok dia serius tadi, tiba-tiba kembali balik pada diri dia yang asal...

Aduhai, Eiman Danish.

Tidak mungkin dia lupa bila kali pertama dia berjumpa dengan Hani hujan sedang turun dengan lebat dan hujan itu telah menjadi saksi cinta mereka berdua sampai ke sekarang.

"Tak perlu payung. Sayang pun dah cukup untuk jadi tempat perteduhan Hani." Kata Hani dengan malu-malu taik kambing.

Iman turut tersenyum malu dengan ayat cia cia cih hua hua isterinya itu.

Hani dengan perlahan memeluk pinggang suaminya, dada Iman yang berlapik itu dijadikan tempat untuk kepalanya bersandar. Dapat dia rasa kehangatan badan Iman dan bunyi degupan jantung Iman sungguh kuat dipendengarannya.

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now