𝐄𝐈𝐆𝐇𝐓𝐄𝐄𝐍

30 7 0
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

● ● ●

Akhirnya, hari pernikahan mereka sudah tiba. Hani terlihat sungguh cantik dengan gaun pengantin berwarna putih yang tersarung ditubuhnya. Tudungnya yang labuh menutup dada membuat dia kelihatan bertambah anggun. Make up nya juga nampak natural sahaja.

Hani merasa gugup bila semua mata terarah padanya. Mamanya yang berada di sebelah menggosok-gosok belakangnya bagi mengurangkan rasa gugupnya itu.

"Eh, aku dah nak bernikah pun kau nak turun juga hujan? Betul-betul bercinta dalam hujan aku ni." Gumam Hani bila dia terdengar bunyi hujan yang sedang turun di luar.

Teringat pula dia waktu pertama kali berjumpa dengan bakal suaminya itu. Tidak pernah dia sangka dia akan bertemu dengan jodohnya sewaktu turunnya hujan.

Sudahlah berjumpa tengah basah lencun. Rasa kelakar bila teringatkan semula kisah pertemuan mereka itu.

"Suka suka ni kenapa, hm?" Tegur Dahlia yang sedang duduk di belakangnya.

"Tak ada apa... Cuma teringatkan momen momen masa pertama kali jumpa Iman."

"Kau jangan menangis lagi, eh? Tunggu Iman dah jabat tangan tok kadi dulu baru kau boleh menangis sampai keluar air mata darah."

"Ei, merepek lebihlah kau ni Lia!" Bisik Hani.

"Aku gembira untuk kau, Hani sayang." Bisik Dahlia pula di telinga Hani.

Gadis itu cuba mengawal reaksinya. Dahlia ini pun satu masa-masa inilah dia nak cakap benda macam ini, haih...

Hanis menyiku perlahan lengan Hani supaya gadis itu memberi perhatiannya pada Iman dan tok kadi.

"Amacam pengantin lelaki, dah ready ke?" Soal tok kadi dengan gaya swag. Tujuan dia bertanya begitu hanya kerana mahu pengantin lelaki relaks dan tak terlalu berfikir panjang.

Iman tersenyum-senyum mendengarkan soalan daripada tok kadi itu.

"Alhamdulillah, tok. Saya dah ready!" Dengan penuh keyakinan jejaka itu menjawab soalan tersebut tanpa sedikit pun keraguan.

"Alhamdulillah, nampak gaya kamu ni memang dah yakin dan bersedia nak pikul tanggungjawab. Jadi boleh kita mulakan?" Tanya tok kadi kepada pengantin lelaki dan bapa kepada pengantin perempuan. Mereka semua mengangguk tanda setuju.

Tok kadi menghulurkan tangan ke arah Encik Hafiz, selepas itu beralih pula pada Iman.

Encik Hafiz menghulur tangannya, Iman menyambut tangan papa Hani dengan lembut. Badannya di tegakkan tanda bersedia.

"Bismillah." Gumam Iman perlahan. Dapat dia rasa debaran yang kian menguat sehingga badannya terasa sedikit panas.

"Eiman Danish bin Iqhmal Danial."

Imam menarik nafasnya, "Ya, saya."

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Nur Hani Khayrani binti Abdul Hafiz dengan mas kahwin dua ratus ringgit tunai." Ucap Encik Hafiz.

Alhamdulillah, Iman dapat menyebut lafaz akad dengan lancar.

Apabila tok kadi bertanya pada saksi sama ada sah atau tidak, masing-masing menyahut dengan suara lunak.

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

Maka dengan itu Hani sudah sah menjadi isteri kepada Iman dengan sekali lafaz. Syukur, kami ucapkan kepada yang Maha Esa.

Semua keluarga yang menghadirkan diri di situ mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan dalam memudah urusan penyatuan antara dua insan ini.

Hani yang berada di tengah-tengah itu dipeluk oleh mamanya, Hanis dan juga Dahlia. Hanis dan Dahlia sudah berjujuran air mata jatuh hingga maskara masing-masing sudah turun warna.

Tergelak Hani dibuatnya, tidak sempat dia mahu menangis orang lain dulu yang menangis.

"Ei, cakap dekat orang jangan menangis! Tapi ini dia dulu pula yang menangis! Kau nikah ke aku yang nikah ni? Aduh, pening aku dengan kau ni Lia!" Bebel Hani.

"Diamlah Hani, bagi aku menangis sementara Iman pergi solat sunat! Huargh!"

"Melebih lah kau ni Lia... Hani pun tak menangis macam kau."

"Kak Hanis pun sama, diam! Orang tengah nak layan perasaan sedih sebab member dah nikah, aku bila lagi?! Umi, Lia nak kahwin!" Mencebik Dahlia sambil tersedu-sedan. Mukanya sudah basah dek kerana air mata yang berjurai-jurai jatuh seperti air terjun.

Hani membantu lap wajah Dahlia yang dipenuhi dengan air mata itu menggunakan gumpalan tisu di tangannya.

Ariff daripada jauh hanya perhatikan dia diiringi dengan gelak-tawa. Dahlia... Dahlia... Macam manalah Ariff boleh tidak jatuh cinta dengan Dahlia, perangai budak-budak dia itu hanya Ariff sahaja yang mampu bendung. Orang lain tidak akan mampu.

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now