𝐅𝐈𝐅𝐓𝐄𝐄𝐍

21 7 0
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●

USAI perbincangan antara dua keluarga itu selesai, mereka dijemput untuk manjamah makanan yang telah disediakan khas untuk mereka. Kedua keluarga itu tidak berhenti-henti daripada terus tersenyum.

Gembira sungguh ibubapa Hani bila dapat berita ada jejaka mahu datang ke rumah mereka bertujuan ingin merisik Hani.

Hani sekadar memberitahu pada orang tuanya ada seseorang ingin datang ke rumah mereka atas urusan penting. Namun, tidak tahu macam mana tiba-tiba mama dan papanya itu tahu urusan tersebut sebenarnya adalah urusan untuk merisiknya.

"Ha, Iman makan banyak-banyak. Maaflah, keluarga kami sediakan masakan kampung aje untuk kamu sekeluarga." Ujar bapa Hani selepas dia mengambil tempat di sebelah bakal menantunya.

Iman tersenyum malu.

"Eh, tak apalah pakc—"

"Panggil papa aje. Minggu depan kamu dah nak bertunang, lepas itu bulan depan dah nak bernikah pula dengan anak dara papa tu. Dah tak perlu panggil pakcik pakcik, terus skip panggil papa." Tegurnya. Sempat dia menghirup air sirap untuk melegakan tekaknya yang terasa kering itu.

"Tak apalah papa. Iman dan keluarga suka aje makan lauk kampung macam ini. Lauk kampung lagi sedap daripada lauk mahal-mahal. Tunggu nak tambah satu round jer lagi ni papa!" Seloroh Iman.

Papa Hani perhati sahaja gelagat bakal menantunya itu. Bila tengok si Iman dia jadi teringat waktu dia seumuran dengan bakal menantunya itu, beginilah gayanya.

"Pandai betul Hani pilih bakal suami. Untung papa dan mama dapat bermenantukan Iman."

"Alhamdulillah, ini semua berkat doa mak abah dan mama papa untuk kami juga. Dan berkat doa Hani dan Iman untuk memiliki pasangan yang baik dan boleh bimbing antara satu sama lain. Tapi Iman ni biasa-biasa aje papa."

"Mungkin juga sebahagian daripada berkat kami. InshaAllah, semoga Allah permudahkan urusan kita sekeluarga untuk menyatukan kamu berdua, Amin Ya Rabbal Alamin." Balas bapa Hani. Senyuman di bibirnya masih tidak lekang daripada dia mula berbual dengan Iman.

Entah kenapa dia rasa tenang sahaja bila berbual dengan Iman.

Belakang Iman ditepuk-tepuk perlahan. Gembira dia kerana dua anak gadisnya itu benar-benar pandai memilih pasangan hidup. Alhamdulillah, Allah dah permudahkan urusan kedua-dua anaknya itu syukur!

"Rancak ya berbual... Hahahah." Tegur abah Iman yang baru sahaja selesai makan.

"InshaAllah, tambah lagi seorang ni makin rancaklah perbualan kita nanti!" Gurau papa Hani dengan mimik mukanya.

Abah Iman hanya gelak sahaja dengan gurauan tersebut. Tempat kosong yang berada di hadapan papa Hani di ambil, punggungnya menghenyak kerusi tersebut.

"Encik Iqhmal dah lama ke pencen?" Papa Hani bersuara cuba untuk mengajak abah Iman berbual dengannya.

"Panggil Iqhmal tapi kalau nak lagi pendek abang panggil Mal aje, tak perlu encik saya muda setahun daripada abang rasa tak selesa pula saya bila ber'encik'. Baru aje setahun lebih saya pencen. Saya dengar abang Hafiz ada buka kedai hardware, nanti senanglah saya nak beli barang buat rumah." Encik Iqhmal merendah diri.

Jujur dia rasa tidak selesa kerana papa Hani tua sedikit daripada dia, rasa macam tak hormat pula bila ber'encik-encik'

"Ya, dah lama dah abang buka. InshaAllah, abang akan buka cawangan baru nanti. Doa-doakanlah untuk abang."

"Alhamdulillah, InshaAllah." Sambut encik Iqhmal dengan senyuman.

Iman daripada tadi hanya mendengar sahaja Encik Hafiz dan Encik Iqhmal berbual. Terangguk-angguk kepala jejaka itu mendengarkan perbualan tersebut. Siap sempat dia menambah nasi dan lauk lagi.

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now