𝐒𝐄𝐕𝐄𝐍

24 7 0
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

● ● ●

Hari ini Hani tidak jejakkan kakinya ke pusat beli-belah di mana tempat Dahlia bekerja kerana dia sedikit sibuk menguruskan tempahan event last minute untuk minggu hadapan.

Dia berasa sedikit hampa kerana tidak dapat bertemu dengan jejaka yang bernama Iman itu. Kenapalah customer itu buat tempahan last minute, eurgh?!

Sudahlah dia tidak dapat cuti hari weekend nanti hanya disebabkan tempahan ini, staff ramai ambil cuti balik ke kampung atas urusan keluarga. Haih, jadi dia terpaksalah hadap semua ini dengan bosnya dan Adira. Tidak tahulah kenapa hidup dia ini penuh dengan drama pukul 7...

Ada sahaja halangan yang perlu dia tempohi pada waktu-waktu genting.

"Hani tolong settlekan report untuk minggu ini sahaja. Nanti suruh Adira check stock lebihan. Sebelum balik jangan lupa tutup semua lampu ya, Hani. Take care, kak Naila balik dulu. Assalamualaikum."

"Okey, kak Naila. Hati-hati bawa kereta tu. Waalaikumussalam." Balas Hani dengan sopan. Sempat dia melambai tangannya pada Naila sebelum bosnya itu keluar daripada perkarangan premis tersebut.

Sudah lama dia bekerja di sini sebagai event planner. Jangan ingat kedai event planner yang dia bekerja itu hanya kedai cikai-cikai. Kedai mereka itu sentiasa menerima tempahan daripada pelanggan yang ternama dan kebanyakkan daripada ahli korporat dan juga syarikat ternama.

Setiap tempahan yang mereka dapat mesti bayaran tersebut boleh mencecah ribu-riban. Kalau satu majlis sahaja boleh terima sebanyak itu, cuba kira kalau terima sepuluh tempahan. Boleh juling mata sebab tak terkira.

Bersyukur juga dia dapat bekerja di bawah Naila yang sentiasa mengambil berat tentang pekerja dan tak mementingkan dirinya. Alhamdulillah, pekerjanya itu juga sering mendapat pujian dan komen positif daripada pelanggan-pelanggan yang pernah menggunakan khidmat mereka sebelum ini.

"Eh, kak Hani tak balik lagi?" Soal Adira yang baru sahaja muncul di kawasan pejabat mereka.

"Belum lagi. Nak siapkan report ni dulu, nanti kalau balik dah tak perlu fikir fasal hal kerja."

"Adira dah selesai solat kan? Kalau dah, Adira tolong kira stock lebihan kita sekejap boleh? Don't worry, akak tunggu Adira selesai baru kita balik. Boleh?" Arah Hani berserta soalan diajukan pada rakan sekerjanya.

Adira mengangguk laju bersama senyuman.

"Okey, kak Hani. Akak jangan tinggal Adira eh? Kalau akak tinggal Adira, esok Adira pula yang tinggal akak seorang dekat sini." Ugut Adira dengan muka acah-acah ugut dia itu.

Pecah tawa Hani mendengarkan ugutan gadis kecil molek itu. Ei, tak padan dengan badan nak ugut orang Adira ni.

"Berani ugut kita dia ni... Kurung dalam pejabat ni baru tahu rasa!" Usik Hani bersama sisa tawanya.

"Kak Hani tak akan berani nak kurung Adira dalam ni sebab you pun penakut kak!"

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now