𝐓𝐇𝐑𝐄𝐄

36 9 6
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

● ● ●

Macam biasa setiap hari khamis Hani akan singgah di pusat beli-belah untuk melawat rakannya. Dan, macam biasa jugalah setiap kali datang ke sini mesti hujan akan turun.

Juga macam biasa, dia terlupa hendak membawa payung.

"Betul-betul aku ni bernasib malang..."

Hani mengeluh lemah. Sedih betul hidup dia ini asyik kena hadap hujan, tak mungkin dia perlu redah hujan lagi hari ini.

Nanti mengamuk lagi mama dan papa kalau tahu dia redah hujan, aduhai...

"Assalamuaikum, cik!" Tegur seseorang.

Laju tangan Hani menyentuh dada kerana terkejut dengan teguran tersebut.

"Eh? Encik Iman, kan? Waalaikumussalam." Soalnya pada lelaki yang menegurnya tadi.

"Iya, saya. Kita ni kan asyik terjumpa aje dekat sini macam ada jodoh jer..." usik Iman bersama sengihan.

Hani tersenyum sipu mendengar usikkan jejaka tampan itu. Siapa tak malu kalau kena usik macam itu kan? Hahah.

"Err... Cik, boleh saya tahu nama cik? Tak kan saya kena panggil cik 'Cik' aje setiap kali kita berjumpa? Nanti kalau saya nak mengurat cik pun kena panggil 'Cik' ke?" Soal Iman bersama usikkan. Suka dia melihat wajah kemerahan Hani, comel.

Mata Hani membulat. Beraninya jejaka ini, betul-betul nak mengurat dia agaknya.

"Kenapa cik terkejut? Tak ada orang mengurat cik ke sebelum ini?" Soalnya lagi. Ish, cili juga mulut semanis gula dia tu baru tahu.

"Mesti encik Iman kaki mengurat kan? Laju jer mulut tu..." jawab Hani sambil jari telunjuknya menghala ke mulut Iman sambil matanya disepetkan.

"Dengan cik aje saya laju, kalau dengan perempuan lain saya nak tegur pun malas. Saya tak tipu eh, saya serius."

"Hm, yalah Encik Iman. By the way, nama saya Hani. Maaf, baru sekarang saya bagitahu nama saya."

"Cantik nama macam tuan dia, cantik dan manis orangnya. Jantung ni daripada kali pertama jumpa Hani tak berhenti berdegup laju tahu. Agaknya kena salam tangan tok kadi dulu kut baru jantung ni boleh berdegup macam biasa."

Tengok tu, mulut dia ni manis betul. Madu pun tak mungkin semanis ni.

"Rancak betul kita berbual. Jomlah, kita pergi minum dekat dalam dulu sementara hujan berhenti. Hari itu Hani janji nak belanja saya minum, kan?"

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now