𝐍𝐈𝐍𝐄

25 8 0
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●

"Dahlia... Mana kau tahu perempuan yang aku cerita ni Hani?"

Iman memandang Dahlia dengan hairan.

Macam mana pula Dahlia boleh tahu pasal kisah pertemuan dia dan Hani. Dia bukannya rapat dengan girlfriend Ariff sampai dia boleh terbuka cerita.

Haih, sakit kepala dia memikirkan tentang macam mana Dahlia boleh dapat tahu fasal Hani. Nak cakap dia cerita dekat Ariff pun... Dia tak ada cerita sebab dia masih rahsiakan hal ini daripada mereka semua, termasuklah Ariff.

"Aku dengar daripada Hani sendiri." Jawab Dahlia satu nafas. Saja dia jawab pendek sebab mahu berteka-teki dengan Iman.

Ariff pula tenang sahaja mendengar kerana dia sudah tahu tentang hal ini daripada Dahlia.

"Hah? Macam mana pula Hani boleh cerita dekat kau? Eh, sekejap macam mana kau boleh kenal Hani pula?" Soal Iman tanpa henti.

Hampir tersembur tawa Ariff apabila Iman kelihatan pening dengan kenyataan yang Hani sudah bercerita tentang itu pada Dahlia, kekasih hatinya.

"Hani kawan rapat aku kut... Mestilah aku boleh tahu. Kau fikir Malaysia ini besar sangat ke Iman? Pusing punya pusing rupanya Hani tu kawan aku. Kau terkejut ke?" Balas Dahlia selamba.

Ternganga mulut Iman mendengar penjelasan daripada Dahlia, terkejut bukan kepalang dia.

Hani kawan Dahlia? Katakanlah ini hanya mimpi bukannya realiti.

Aduhai, nasiblah Iman ini lelaki yang baik dan jenis jaga solat kalau tidak sudah lama Dahlia membantah Hani daripada berterusan berjumpa dengan lelaki ini.

"Ini kalau Hani tak cerita dekat aku... Agaknya sampai ke sudah aku tak tahu yang dia orang berdua setiap minggu seronok buat drama hindustan dalam hujan belakang aku." Kutuk Dahlia secara terang-terangan. Kisah apa dia, Hani pun takut nak lawan dia.

Rakan-rakan Iman menggelengkan kepala tanda tidak percaya.

"Apalah kau ni Iman... Lain kali cerita ajelah, buat apa kami nak marah pula. Ke sebab kau teringatkan fasal Ariff dulu, itu kami bergurau ajelah jangan ambil serius sangat. Ariff ini pun satu berlakon tak kena tempat, konon buat kita orang ni merajuk dengan dia. Tch!" Rakannya bersuara dengan lantang.

Iman ini pun satu sudah terang-terang mereka sekadar bergurau dengan Ariff dulu, boleh pula dia percaya bulat-bulat.

Tapi itu tidak bermakna Iman ini seorang yang naif.

"Lain kali kalau ada apa-apa cerita ajelah, Iman. Kami ni sentiasa terbuka nak mendengar masalah-masalah kita semua. Jadi, amacam dengan awek yang kau jumpa tu? Kena tak dengan taste kau?" Soal Ariff bertanya tentang Hani.

"Alah, si dia ni tak ada lah fancy sangat cuma aku suka dengan cara dia. Manis, ayu dan paling penting comel..." puji Iman.

Bibirnya sudah naik mengukir senyuman simpul, sah angau teringatkan anak orang.

Nak tersembur air dalam mulut Dahlia mendengar pujian Iman pada Hani. Ayu? Celah mana ayunya? Iman kau buta ke?

Ouh, terlupa pula cinta itu buta.

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now