𝐄𝐋𝐄𝐕𝐄𝐍

25 6 0
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

● ● ●

Sampai sahaja dia di hadapan pintu masuk pusat beli-belah tanpa berlengah Hani memasuki ke dalam bangunan tersebut. Laju sahaja kakinya berjalan menuju ke kedai kasut berjenama Vans yang terletak di tingkat dua.

Tujuan utama dia hari ini bukannya mahu melawat Dahlia tetapi tujuan asalnya adalah mahu menghantar hoodie yang telah dipinjamkan pada dia kepada tuannya semula.

Hani menjengukkan kepalanya, mengintai di dalam kedai tersebut. Puas dia mengimbas muka-muka pekerja kedai kasut itu, namun tidak pula dia nampak muka tampan milik lelaki yang dikenalinya sebagai Iman.

Apa yang pelik sangat perempuan ni? Berdiri depan kedai orang, lepas itu siap duduk mengintai lagi. Lama pula dia mengintai. Cari apa?

"Ya, cik nak cari apa? Kasut? Baju?" Tegur pekerja yang sedang berdiri di depan kedai kasut itu dengan ramah pada Hani.

Gadis itu daripada tadi duduk melilau di hadapan kedai tersebut, manalah tidak kena tegur...

"Saya nak cari orang." Balas Hani pendek kepada pekerja tersebut. Masih terhendap-hendap mencari seseorang.

Lah, cari orang rupanya.

"Hah, cari orang? Ouh, anak cik hilang ke?" Soal pekerja itu lagi sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

Ini confirm hilang anak, tak hilang anak hilang laki.

"Tapi setakat ni tak ada pula budak masuk merayau-rayau dalam kedai kami ni..."

"Eh, bukan. Saya cari orang dewas—"

Hampir sahaja pekerja itu mencarut di hadapannya tadi. Pekerja itu menunjukkan senyuman paksanya, kenapalah dia kena layan customer yang pelik-pelik macam ini setiap hari.

Penat tahu nak melayan.

"Hani." Hani segera berpaling ke arah bunyi suara yang memanggil namanya itu.

Iman...

Senyuman nipis di hadiahkan buat jejaka tersebut dan jejaka itu pula mengembalikan semula senyuman manis kepadanya.

"Woi, Iman. Kau tak mahu balik ke? Tersengih-sengih. Pergilah bawa girlfriend kau ni balik, kesian dia tercari-cari kau daripada tadi." Bercekak pinggang pekerja tersebut melihat Iman munculkan diri di hadapan kedai mereka.

Pekerja itu macam nak sumpah seranah saja bila dia terpaksa menjadi penonton tidak berbayar rancangan jejak kasih Iman dan Hani. Sajalah tu mahu kacau jiwa kesingleannya.

"Kau termenung apa tu Iman? Pergilah balik cepat! Buat drama pukul 7 percuma depan kedai ni buat apa? Kau fikir ada orang nak bayar kau ke? Tch..." Halau pekerja tadi.

Rasa menyesal pula dia datang menegur Hani sebentar tadi, hm. Tidak apa-apa, nasi sudah menjadi bubur pun.

Untung-untung dapatlah juga layan drama pukul 7 free depan mata sekejap walaupun dia tak hingin nak tonton.

"Jom, Hani... Kita pergi lepak dekat mamak kejap. Boleh layan roti canai sambil berbual tentang diri masing-masing."

"Okey, boleh aje."

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now