𝐓𝐖𝐄𝐋𝐕𝐄

23 7 0
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●


"Iman... Mana Iman tahu nama akaun Ig Hani, huh?"

Gadis itu pandang sahaja Iman yang kusyuk melahap roti canai daripada tadi. Laparlah tu, nasiblah mamat ni keluar awal hari ini. Kalau tak nanti dia sampai lambat ke rumah.

"Hm, rahsia." Balas Iman bersama senyum mengejeknya.

Eh, dia ni nak saja Hani luku kepala si Iman ini!

Hani menggulingkan mata dia.

Boleh pula dia ni nak main-main rahsia dengan kita. Ini tak lain tak bukan mesti kerja Dahlia. Ya lah, Dahlia kan tengah hangat bercinta dengan kawan Iman mesti dia kerap juga jumpa dekat luar.

"Dahlia bagitahu Iman... Maaf, mesti Hani ingat Iman stalker kan?"

"Iman sebenarnya terkejut bila dapat tahu yang Dahlia tu sebenarnya kawan rapat Hani. Ya lah, personaliti kau orang berdua berbeza. Hani tahulah Dahlia itu macam mana, dia kan bestfriend Hani." Ujar Iman. Bibirnya di bentuk upside-down smile.

"Tahu. Tak makan saman." Datar sahaja Hani menjawab.

"Tak sangka juga ya, kecil aje dunia ni... Tahu tahu Hani kawan Dahlia, tahu tahu Dahlia tu marka Ariff dan tahu tahu Ariff tu pula kawan rapat Iman. Hm, kita ni main pusing-pusing aje." Jelas lelaki itu seraya keningnya di gerak-gerakkan naik ke atas.

"Itu orang cakap, kalau dah jodoh tidak ke mana." Malu pula Iman bila Hani berkata begitu.

Hani mengambil tisu dan lap tangannya yang terkena kuah.

"Iman ni hoodie yang Iman bagi Hani pinjam tiga minggu lepas. Hani dah basuh sampai wangi tahu, siap basuh pakai tangan lagi."

Beg kertas yang berisi hoodie di hulurkan pada Iman, lantas lelaki itu menyambut beg kertas tersebut.

"Terima kasih, Hani."

Hani sekadar mengangguk.

Roti sardin yang masih bersisa di dalam pinggan itu di tolaknya ke tepi. Ais kosong yang berada di sebelah kirinya di capai sebelum straw itu di sedut dengan rakus.

Betul-betul dahaga si Hani ni.

"Kenapa tak habis? Dah kenyang? Atau tak sedap ke? "

Hani memuncungkan bibirnya sedikit dan kepalanya diangguk beberapa kali.

"Bukan tak sedap tapi kureng."

"Betul ni dah tak nak? Iman tolong habiskan, eh? Sayang pula kalau tak habiskan, membazir." Kata lelaki itu sambil tersenyum.

Sekali lagi Hani menganggukkan kepalanya, menjawab soalan yang diajukan oleh Iman.

"Lain kali kalau nak makan dekat kedai ajak aje Iman. Kalau Hani tak boleh nak habiskan makanan, nanti Iman boleh tolong habiskan. Tapi kalau kita keluar berdua tanpa ada ikatan halal tak manis juga kan..." Pesan pula Iman pada Hani.

Gadis itu sekadar membalasnya dengan senyuman tipis yang menyerlahkan sedikit lesung pipit dipipinya.

"Eh, dah lewat ni Hani nak balik. Jomlah gerak, takut nanti sampai rumah tak sempat solat maghrib."

Baru sahaja Hani mahu mengeluarkan dompetnya, Iman bersuara.

"Iman bayar. Hari itu Hani dah belanja Iman kan, hari ini biar Iman pula yang belanja Hani. Kita gilir-gilir baru adil dan saksama, gitew!"

Lelaki ini tak pernah tak buat Hani tergelak, ada saja ulah dia bila bertemu dengan gadis comel itu.

"Baik, bos!"

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें