𝐅𝐎𝐔𝐑

32 8 5
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

● ● ●

"Hani, boleh Imam tanya?"

Hani mengangkat kepalanya memandang Iman yang berada di depannya.

"Ya..." Keningnya diangkat tanda bertanya.

"Hani buat apa ke sini? Selalu sangat Hani datang ke pusat beli-belah ni, jumpa pakwe ke?" Soalnya polos. Matanya merenung sahaja wajah milik Hani tanpa berkelip. Terpukau gamaknya.

Meletus tawa Hani mendengarkan soalan terkahir daripada jejaka tampan itu. Dia ada pakwe?

Tunggu ajelah sampai dia ingat nak bawa payung waktu datang ke sini, masa itu baru dia dapat pakwe agaknya. Hahah!

Mana tahu boleh buat novel tentang jumpa jodoh semasa hujan turun.

Aduhai, kelakar betullah Iman ini.

"Encik Iman, tak ada soalan pelik lagi ke awak nak tanya pada saya? Muka macam ini awak tanya ada pakwe ke tidak, Hahah. Agaknya Encik Iman kena periksa dulu mata Encik tu. Siapalah yang teringin sangat nak bergirlfriendkan perempuan macam saya ini." Ujar Hani sambil menyindir dirinya sendiri.

Bagi gadis itu rupanya tidaklah se next level macam apa yang rakan-rakannya gembar-gemburkan, wajah dia tampak biasa-biasa aje. Yang uniknya cuma lesung pipit yang tersedia ada dipipinya itu sejak lahir sahaja.

"Kenapa rendah-rendahkan diri Hani sendiri? Iman tak suka lah Hani cakap macam itu. Hani cantik, lagi-lagi dengan lesung pipit Hani tu nampak comel tahu di mata Iman. Kan best kalau Iman boleh tengok lesung pipit Hani tu hari-hari." Puji Iman. Berlawan senyum Iman dan Hani.

Gadis itu menunduk malu. Sempat dia suakan sesudu aiskrim masuk ke dalam mulutnya.

Cepat-cepat dia tukar topik, malu pula dia dipuji sebegitu.

"Maaflah Encik Iman, hari itu saya janji nak belanja awak minum. Sekali saya bawa awak datang Mc Café pula."

"Panggil Iman aje, tak perlu tambah encik dekat depan. Nanti kalau dah halal pun masih nak panggil Iman encik juga ke?"

Hani hairan dengan Iman. Apa yang istimewanya dia sampai jejaka itu boleh berkenan dengan dia yang terlihat biasa-biasa sahaja kalau nak dibandingkan dengan si jejaka yang kelihatan hensem itu.

"Tak apa, Mc Café pun boleh minum juga. Lagi mahal daripada kedai biasa, cukuplah buat claim Iman tolong Hani hari itu. Hari ini pun mungkin Iman kena tolong payungkan Hani lagi nanti, kalau hujan masih tak berhentilah." Balas Iman. Matanya mengerling Hani sedikit. Bibirnya terukir senyuman senget.

"Boleh kita bahasakan diri dengan nama masing-masing? Tak suka saya awak, tak comel." Hani menggeleng sahaja dengan senyuman yang masih tersisa di wajahnya.

Iman menghulurkan tisu pada gadis di hadapannya. Dia menunjukkan kesan comot di wajah gadis itu. Hani mengerutkan dahinya.

"Dekat pipi Hani. Sorry, tak boleh nak tolong lap sebab masih belum halal." Usik Iman lagi.

Eh, dia ini kan! Geramnya, cepat-cepatlah ajak nikah.

"Kalau nak halalkan Hani, kena jumpa keluarga Hani dulu."

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now