𝐅𝐈𝐕𝐄

31 7 0
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●

Hani tersenyum ceria selepas sampai di rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30. Nasib baik dia sempat sampai ke rumah, sudahlah tertinggal telekung solat di pejabat.

"Baru sampai Hani?"

"Ya, mama. Tadi masa singgah dekat tempat kerja Dahlia hujan. Hani lupa nak bawa payung lagi, Heheh!"

Belakang lehernya di garu sambil tersengih.

"Kamu ini Hani... Selalu lupa bawa payung. Mama risau kalau nanti kamu demam aje. Kalau macam itu pergi naik atas mandi cepat, lepas itu solat maghrib. Dah lewat ni."

Hani mengangguk seraya itu dia berjalan ke arah tangga lalu naik ke atas. Senyumannya masih tidak lekang di bibir.

"Alhamdulillah." Ucap Hani.

Gadis itu mencapai Al-quran nya yang terduduk di atas meja sisi katilnya. Sudah menjadi kebiasaan, selepas solat Maghrib dia akan membaca Al-quran sementara menunggu solat Isya' masuk.

"Hani!"

Hani mengeluh kecil.

Kepalanya dijengukkan ke arah pintu biliknya, tersembul muka kakaknya di celahan pintu.

"Masuklah kakak."

Laju sahaja kakaknya Hanis masuk ke dalam biliknya. Gadis itu mengambil tempat di sebelahnya bersama Al-quran di tangan.

"Nak join! Nanti dah selesai, aku nak membawe dengan kau." Aju Hanis sambil tersenyum.

Hani sekadar mengangguk.

Usai mereka selesai membaca Al-quran, pantas Hanis membuka mulutnya ingin berbicara.

"Hani... Karleef lamar kakak!"

"Serius lah kak? Argh, kakak aku dah nak kahwin!" Jerit Hani. Badan Hanis dipeluk kemas.

Gugur air mata Hanis waktu Hani memeluk tubuhnya, tiba-tiba dia terasa sebak melihat adiknya yang begitu gembira dengan berita daripadanya itu.

"Kakak janganlah nangis. Kenapa sedih pula ni?" Soal Hani dengan bibirnya dicebikkan. Air mata yang masih tersisa dipipi Hanis disekanya dengan belakang tapak tangannya.

"Bukan sedih... Kakak cuma happy tengok Hani excited dengan berita gembira kakak." Balas kakaknya dengan senyuman tipis.

"Mama dan papa dah tahu ke fasal ini?"

Hanis menggeleng kepalanya.

"Tunggu Karleef datang sini merisik kakak hujung bulan nanti." Jawab Hanis.

Hani memukul lembut bahu kakaknya. Pandai betul perempuan ini main sorok-sorok pula dengan mama dan papa.

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now