𝐒𝐄𝐕𝐄𝐍𝐓𝐄𝐄𝐍

22 7 0
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●

"Macam mana Iman... Kau dah ready ke?"

Ariff bersuara sebaik sahaja pesanan makanan mereka selesai diambil oleh waiter.

"Rasa gementar sikit." Jawab Iman dengan tenang.

Tetapi hakikatnya setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu kepalanya asyik memikirkan tentang majlis pernikahannya dan Hani yang bakal berlangsung dalam beberapa minggu sahaja lagi.

"Kau tak pernah pun bawa tunang kau berjumpa kami semua. Bila kau nak tunjuk dekat kita orang?" Soal salah seorang daripada rakannya.

Yang lain hanya mengangguk dengan soalan yang diajukan itu.

"InshaAllah, nanti masa majlis perkahwinan kami. Kau orang tengok ler... Buat masa sekarang no way!" Balas Iman sambil tersenyum. Jari telunjuknya di hala ke depan lalu digerakkan ke kiri dan ke kanan.

"Lagipun kami jarang jumpa. Contact pun idok. Kami jumpa pun kalau kami terserempak dekat pusat beli-belah tu aje. Kalau tak terserempak tak jumpa pun."

"Tak manislah kalau asyik kerap jumpa aje dekat public. Aku tak mahulah orang cakap bukan-bukan fasal kami. Terutamanya Hani, dia kan perempuan." Sambung Iman lagi sambil diselitkan juga pesanan penaja ringkas yang berbaur nasihat buat rakan-rakannya.

Siapa makan cili dia terasa pedas!

Sekali sekala nasihat kawan apa salahnya kan? Tak apa, yang faham maksud dia fahamlah.

Kalau tak faham tu, hm... Minta tolong pergi ruqyah!

"Dengar kau cakap macam ni Iman... Aku tiba-tiba terdetik nak ajak Dahlia berkahwin. Kewangan aku pun Alhandulillah dah stabil dan mampu untuk sara seorang lagi, kalau nak tambah lagi satu orang pun mampu aje."

"Alhamdulillah, eloklah kalau niat tu dah ada. Cepat-cepatlah halalkan hubungan kau orang, lagipun dah lama kau orang bercintun. Kita orang ni tunggu kad kahwin kau sampai depan rumah aje... Tak gitew Adam! Hahahah." Seloroh Iman. Bahu milik rakannya yang bernama Adam di sebelah ditamparnya perlahan.

Mereka yang lain turut ketawa bersama-sama. Malu Ariff dibuatnya, dia dulu yang sakan bercinta eh tiba-tiba Iman dulu yang kahwin daripada dia.

Tidak fasal-fasal dia pula yang kena sakat.

"Kalau macam gitu kita pun kena cepat-cepat cari suri rumah. Nanti boleh buat kumpulan junior futsal. InshaAllah, anak Iman jadi goalkeeper macam dia. Anak Danish pula kita bagi jadi pemain utama. Nanti nama kumpulan kita letak, Warisan Junior Futsal." Rakan mereka yang lagi seorang pula bersuara.

"Awalnya kau berangan Emir oi... Kita jod— Cantiknya~~~"

"Emir kau tengoklah si Qayyum tu tak padan cakap dengan orang. Hm, pantang nampak perempuan dasar buaya air tawar betul!" Tegur Danish. Matanya digulingkan.

Aduhai, macam-macam ragam kawan-kawan si Iman ini. Masing-masing jenis yang masuk air apa boleh buat, lagi-lagi si Qayyum tu. Ish, ish, ish...

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now