𝐄𝐈𝐆𝐇𝐓

28 7 0
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●

"Iman, kau apa fasal dah lama tak tunjuk muka? Sebelum ini pantang ajak main futsal laju aje datang tapi sejak dua menjak ini susah benar nak tengok muka kacak kau ini. Kau pergi mana?"

Iman senyum segaris pada rakannya itu.

"Aku ada aje dekat rumah. Err, aku tak datang sebab aku balik kerja lambat..." Balas Iman sambil buat muka cool. Risau kawannya itu curiga dengan dirinya nanti.

Tidak mungkinlah dia nak bagitahu kawan-kawan dia yang dia tidak datang bermain futsal hanya disebabkan oleh seorang gadis yang dia jumpa tiga minggu lepas. Habislah nanti dia kena kecam macam Ariff pernah kena sebelum ini.

Hanya di sebabkan Ariff kerap tidak hadir bermain futsal bersama mereka kerana lelaki itu menemani Dahlia di tempat kerja, Ariff di palau selama tiga hari.

Biasalah lelaki ini jenis yang sensitif sikit kalau kawan mereka tidak berkongsi kisah. Mengingatkan tentang itu membuatkan Iman jadi serba salah pula.

Jejaka itu berdehem. Nafasnya di tarik panjang sebelum bersuara.

"Kau orang jangan marah-marah lepas aku dah habis cerita..." pesan Iman. Jujur dia tidak mahu perkara yang berlaku pada Ariff berulang kembali.

Mata masing-masing tertumpu pada Iman pada ketika ini. Semua memberi tumpuan penuh pada jejaka itu.

"Bismillah, okey macam ini cerita dia. Dalam tiga minggu lepas kot, waktu shift kerja aku habis aku nak balik macam biasa naik LRT tapi waktu tu hujan lebat."

"Aku keluar aje daripada muka pintu pusat beli-belah aku terus nampak seorang perempuan tengah berdiri dekat entrance. Aku fikir mungkin dia nak ke stesen LRT juga dan ternyata tekaan aku betul bila perempuan tu tiba-tiba berlari ke seberang jalan tengah hujan lebat tu."

Terkejut juga Iman melihat Hani berlari dalam hujan waktu itu.

Kalau hujan renyai dia boleh terima lagi kalau nak redah tapi ini hujan lebat campur dengan bunyi guruh, kau jalan satu langkah terus basah lencun satu badan.

"Apa lagi... Aku pun kejarlah perempuan tu sebab kesian dia dah basah lencun. Lepas itu, minggu seterusnya aku jumpa dia lagi dan lagi. Aku pun berkenalan dengan dia waktu kami berjumpa lagi sekali minggu lepas. Itulah sebab aku jarang tunjuk muka sebab sampai rumah lewat."

Sepanjang Iman berceritakan tentang kisah Hani, rakan-rakannya itu hanya mengangguk faham sahaja. Bagi ruang khas untuk Iman meluah dan berkongsi cerita hidupnya pada mereka.

"Dan nama perempuan tu Hani kan?" Sampuk seseorang daripada belakang.

Tersentak Iman dibuatnya, hampir sahaja jantungnya meletup saat mendengar nama gadis itu meluncur masuk ke pendengarannya.

Pantas sahaja kepala jejaka itu berpaling ke sebelah untuk melihat gerangan yang sedang menyebut nama gadis yang menjadi pujaan hatinya sejak tiga minggu lepas.

"Hei?!"

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now