𝐓𝐖𝐄𝐍𝐓𝐘; 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋

33 6 1
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●

Tiga hari sudah berlalu dengan begitu sahaja tanpa mereka sendiri sedar, pantas betul masa berlalu rasa macam baru sehari lepas mereka berdua bernikah. Bila sudah bahagia kadang-kadang semua perkara yang penting pun kita boleh jadi lupa. Begitu juga dengan pasangan merpati dua sejoli ini.

Hani memandang Iman disebelahnya, hidung milik suaminya di cuit halus. Hidung Iman berkerut bila dia berasa geli dengan sentuhan Hani.

"Sayang, bangun... Dah subuh ni sayang." Lembut sahaja suara Hani sewaktu mengejutkan Iman, nyaris-nyaris Iman terlena balik.

Iman mencelik matanya, perkara pertama yang dia buat ketika matanya memandang wajah Hani adalah tersenyum. Tidur pun dah boleh buat dirinya berasa rindu dengan si isteri apatah lagi berjauhan lama, hm... Tak mahu fikir negatif!

"Cepat bangun, sayang! Nanti kalau lewat kita berebut tandas pula." Marah Hani. Badan Iman ditolak-tolaknya memaksa jejaka itu bangun daripada baringannya.

"Sayang, Iman masuk kerja pukul sepuluh lah..."

Jejaka itu merungut dengan muka tidak berpuas hati pada isterinya. Masih awal lagi, sempatlah dia mahu bermanja sekejap dengan Hani. Walaupun sekejap tetap masa itu berharga baginya.

Dekat shopee ada tak jual bakal suami macam ni? Tak mahu yang cikai cikai, nak yang expensive sikit buat letak dalam frame nok wak sake.

"Ya, memang sayang cakap pukul sepuluh tapi nanti sayang gerak daripada sini sekali dengan Hani juga kan? Cepat-cepat kita solat subuh, lepas tu cepat-cepat kita bersiap nanti kita boleh breakfast sekali dekat warung yang berhampiran dengan tempat kerja Hani tu."

"Kalau daripada tempat kerja sayang nak ke pusat beli-belah tak jauh kan?"

Hani termenung memikirkan jawapan untuk soalan yang Iman ajukan padanya.

Tidak jauh mana sebenarnya, cuma jarak satu stesen sahaja, tapi itulah takut pula dia kalau Iman tak jadi nak ikut sebab malas nak berpatah balik semata-mata mahu sarapan bersama dengannya. Tapi Iman masuk pukul sepuluh... Ada banyak masa lagi, sempat, sempat, sempat!

"Em, nanti sayang kena patah balik naik LRT kalau nak pergi pusat beli-belah tu. Tak apa kan? Alah, Hani dah lama berniat nak bawa sayang breakfast dekat situ dengan Hani dan baru sekarang Hani boleh bawa sebab kita dah halalan toyyiban. Portion nasi dia banyak, nanti kalau Hani makan seorang tak habis mesti membazir kan..." Pujuk Hani dengan matanya dikerdip-kerdip.

Iman tidak akan boleh buat apa-apa kalau Hani sudah mula memujuknya, dia tidak kuat!

Dia tetap perlu mengalah sebabnya Hani comel. Okey, kita tutup cerita sampai sini sahaja tak mahu saya discuss lebih-lebih tentang dua ketul manusia ini.

"Baiklah, puteri sang comel. Iman akan turuti hajat puteri sang comel untuk hari ini sebab esok giliran sayang kena turuti hajat Iman pula! Bluekkk!" Jawab Iman bersama ejekkan. Tanpa sempat Hani membalas, Iman dengan sekelip mata hilang daripada pandangannya dan masuk ke tandas.

(*Tak nak say sorry sebab story ni banyak skip, kalau tak nak skip skip buat cerita sendiri! Hmph!*)

Usai mereka sampai di warung yang hangat diperkatakan oleh Hani waktu subuh tadi, cepat-cepat mereka menuju ke bahagian makanan yang tersedia.

"Sayang nak makan apa?" Soal Iman pada Hani.

Banyak sangat pilihan makanan yang ada di warung ini sampai dia bingung mahu makan apa. Nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang, nasi kerabu, pulut kuning, kuih-muih dan bermacam lagi hidangan yang ada. Fuh, semuanya sedap sedap!

Pula tu mana pernah dia jejakkan kaki ke warung ini sebelum ini, makanan apa yang sedap dekat sini pun dia tidak tahu. Berharap yang Hani boleh membantunya membuat pilihan.

"Hani pun tak tahu nak makan apa, semua nampak sedap... Sayang pula?" Hani menyoal semula pada Iman, terkial-kial lelaki itu tidak tahu mahu menjawab apa.

Hani tersenyum lebar dengan tiba-tiba, hairan Iman melihat isterinya itu.

"Kita pilih makanan yang berbeza, then kita share share. Nanti sayang boleh rasa makanan Hani dan Hani boleh rasa makanan pilihan sayang. Cun tak cun?" Cadang Hani.

Laju sahaja Iman mengangguk setuju dengan cadangan bernas Hani, baru sweet makan pun share share. Kan sharing is loving, bak kata lecturer English saya lah.

"Sayang, esok jom pergi dating dekat publik." Iman bersuara.

Nasi masing-masing sudah tinggal separuh. Hani berdehem bertanyakan soalan.

"Ish, Iman dah cakap dekat sayang kan pagi tadi? Sayang kena turuti hajat Iman pula esok. Lupa ke ni? Nak kena denda cubit pipi dia ni malam nanti..." Iman sudah mula mengugut Hani.

Membulat mata Hani. Cemas jadinya bila mendengar ugutan suaminya itu, habislah pipi dia malam nanti kalau tidak di turuti hajat si putera tampan.

"Okey, set esok kita keluar dating walaupun sebenarnya Hani nak ajak sayang melepak aje dekat rumah layan netflix. Tapi itulah tak sempat nak buat offer..."

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now