𝐓𝐇𝐈𝐑𝐓𝐄𝐄𝐍

24 7 1
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●

Hani menyandarkan badannya di kepala katil. Dapat juga dia berehat puas-puas, hari itu tidak sempat nak berehat disebabkan banyak kerja. Hari ini dia dapat pulang awal ke rumah, dua hari lepas dia sudah melepas puas meluang masanya dengan Iman di kedai mamak.

Layan Netflix syok juga...

"Bila aku tengok cara Iman mengurat aku tu nampak yang dia betul-betul bersungguh."

"Tapi... Ah, Hani tak ada tapi tapi kau kena yakin dengan dia!"

"Kalau betullah dia itu jodoh aku, aku mohon Engkau permudahkanlah urusan kami berdua dan semoga kami disatukan dengan cara yang baik. Amin!" Doa Hani di dalam hati.

Terkejut Hani bila dia ternampak kelibat kakaknya di depan muka pintu biliknya. Hani memandang kakaknya dengan pandangan tajam.

Ditangannya terdapat satu bantal kecil. Dia sudah bersedia mahu membaling bantal kecil itu pada Hanis.

"Ish, kakak! Terkejut orang!" Jerit Hani lalu tangannya tangkas membaling bantal tersebut dan gol! Terkena tepat pada muka Hanis.

"Hani!" Jerit Hanis pula pada adiknya.

Gaduh! Gaduh! Gaduh!

Hani menjelir lidahnya tanda puas hati. Manakala Hanis berlari ke arah Hani lantas badan milik gadis itu dipeluk sekuat hati. Geram betul dia dengan adiknya itu.

"Nakal dia ni!" Aju Hanis sambil tangannya mencubit pipi milik Hani dengan penuh geram.

"Nasib baik comel tahu... Tak jadi kakak nak marah."

Hani tersenyum hingga menampakkan barisan gigi depannya.

"Patutlah dia terjatuh cinta dengan Hani... Hani comel rupanya." Riak sahaja cara Hani meluah pada Hanis.

Hanis mengerutkan dahinya sambil tersenyum sinis. Tidak sangka betul dia adiknya sedang di lamun cinta.

Dia sendiri tahu Hani ini jenis yang tidak berminat dengan perkataan 'Cinta' tapi mungkin sudah sampai waktunya. Lagipun, Hani dah selesai tamatkan pelajarannya dan sekarang sudah mendapat kerja kukuh untuk sara hidupnya sendiri. Sesuailah dengan umur dia itu.

"Wow, ada orang jatuh cinta dengan adik? Hensem ke? Bad boy ke good boy?" Soal Hanis. Dia menumpukan sepenuh perhatiannya pada Hani.

"I don't know lah kakak. Maybe, alim boy kut... Hahahah." Tawa halus milik Hani tersembur bila mengingatkan pertemuan pertamanya dengan Iman.

Dalam hujan pula tu... Dengan basah lencun.

Kalau pertemuan pertama sahaja jumpa macam itu tidak apa juga, ini waktu pertemuan kali kedua mereka pun Hani dalam keadaan basah lencun. Malu nhok!

"Kalau alim boy, suruh dia datang jumpa keluarga kita." Cadang Hanis kepada adiknya.

Hani memuncungkan mulutnya, berfikir. Dia rasa macam terlalu awal pula untuk ajak Iman datang berjumpa keluarga dia.

"Seriuslah kak? Tak awal sangat ke?"

"Awal tu belakang kira sayang sebab jodoh ni tak tunggu masa. Kalau Hani dah pastikan keikhlasan suka dia pada Hani, then bawa aje dia jumpa mama dan papa. Tinggal mama dan papa tilik dia aje, helok ke tidak... Ikhlas ke tidak..." jawab Hanis sambil tersenyum. Rambut ikal adiknya di belai dengan berhati-hati.

Hani memandang Hanis yang berada di sebelahnya, lama dia merenung wajah cantik milik kakaknya itu.

"Adik dengar Karleef dah datang bawa keluarga dia tengahari tadi, betul ke akak?" Tanya Hani dengan penuh rasa ingin tahu.

"Ya, dia dah datang. Kami bercadang nak bertunang pertengahan bulan depan, majlis nikah dua bulan atau tiga bulan yang akan datang."

"Eloklah tu, lebih cepat lebih baik kan akak?"

Kini, giliran Hanis pula merenung wajah milik Hani. Daripada raut wajah Hanis sepertinya dia ingin menyampaikan sesuatu.

"Akak bukan apa... Akak rasa Hani dulu yang akan berkahwin sebelum akak. Tak tahulah betul ke tidak, tapi instinct akak kuat mengatakan Hani dulu yang yang akan bernikah nanti. So, pastikan you get ready tau?" Pesan Hanis seraya jari telunjuknya mencuit pangkal hidung Hani.

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα