𝐎𝐍𝐄

87 12 3
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●

"Setiap kali aku datang ke sini, pasti hujan akan turun. Apalah nasib aku asyik terlupa aje nak bawa payung."

Hani berteduh di luar bangunan pusat beli-belah sementara menunggu hujan reda. Hujan yang sedang turun dengan lebat itu diperhatikan sahaja.

Nasib dia selalu malang setiap kali datang ke sini. Ada sahaja perkara yang tidak di ingini berlaku sekiranya dia jejakkan kakinya ke sini.

Dekat satu jam dia menunggu tetapi hujan sepertinya tidak mahu berhenti dalam masa terdekat, tiupan angin juga makin kuat. Hampir sahaja badan rampingnya ditiup angin sebentar tadi.

"Macam mana aku nak balik ni?" Rungut Hani. Telefon pintar yang berada ditangannya di tenung.

"Grab? Tapi duit aku tinggal berapa ringgit aje..."

"Haih, patut ke aku redah ke stesen LRT? Lagipun stesen depan itu aje, tak jauh pun kalau aku nak redah. Tapi hujan, hm..."

Keluhan demi keluhan meniti di bibir nipis milik Hani. Akhirnya, dia buat keputusan untuk redah hujan yang sedang turun tanpa henti itu dan melintasi jalan untuk ke seberang sana.

"Satu... Dua... Tiga!" Laju kaki milik Hani berlari selepas kiraannya tamat.

Sampai sahaja dia di pembahagi bebendul, kepala dipusing ke kiri untuk memastikan jalan itu kosong supaya dia dapat melintas dengan selamat. Setiap kali kakinya hendak melangkah ada sahaja kereta melintas di depannya.

Badannya sudah kesejukkan dan basah kuyup kerana di basahi air hujan yang masih lagi tidak berhenti itu.

"Cik!" Panggil seseorang daripada belakang bersama payung ditangannya.

Hani segera berpaling ingin memandang gerangan yang menegurnya itu.

"Ya? ...Eh?!"

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now