𝐒𝐈𝐗

27 7 1
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●

"Lia, apa cer kau?"

Sebelah kening Dahlia dijungkit.

Kenapa pula dengan dia? Ada apa-apa yang perlu dia cerita ke pada si Hani?

"Asal dengan aku?" Soal Dahlia yang pelik dengan Hani.

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sahaja tanya tentang dirinya itu sudah kenapa dengan Hani ini. Yang kuban-kuban ajelah...

"Tak ada lah biasa aku datang sini kau selalu mengadu nasib tapi hari ini kau diam tak berkutik aje. Risau pula aku sebab itu aku bertanya, kau apa cer?"

"Ouh, bos aku cakap dia nak bagi bonus untuk gaji bulan ni. Hari itu kan aku tolong jaga kedai ni lebih masa, so dia nak kasi upah lebih lah. Agaknya dia tahu kut aku duk pok pek fasal dia."

"Mungkin juga. Kau tahulah bos kau tu telinga lintah Lia oi!" Kutuk Hani tanpa periksa kiri dan kanan dahulu. Main sembur ikut suka mak nenek dia saja.

"Hari itu aku kejar kau sebab nak bagi payung..."

"Tapi tak jadi bila aku nampak ada orang dah tumpangkan payung pada kau. Bukan main sweet aku tengok daripada jauh. Ceh, diam-diam ubi berisi kau erk? Tak story mory pun dengan aku."

"Alahai, nak cerita apa? Aku bukannya ada apa-apa dengan lelaki tu. Kenal macam tu aje sebab sebelum ini pun dia dah pernah tolong tumpangkan payung dia, minggu lepas dia tumpangkan payung extra bagi pinjam hoodie lagi dekat aku."

Dahlia menggulingkan matanya, boleh percaya ke dengan perempuan nama Hani ini?

Gadis itu tersenyum sinis pada Hani.

"Awal-awal memanglah tak ada apa-apa, nanti lama-lama ada lah tu. Apa nama lelaki tu?" Soal Dahlia tertanya-tanya. Sibuk pula dia, tadi bukan main.

Hani membuat muka dengan soalan Dahlia.

"Iman..." pendek sahaja jawapan Hani.

"Eh? Biasa kau jumpa si Iman tu dia pakai baju apa?"

"Baju Vans. Kenapa pula kau tanya ni Lia?" Soal Hani dengan riak risau.

Mana dia tidak risau. Dahlia dengan tiba-tiba tanya soalan seperti itu... Mestilah dia takut.

Buatnya Iman tu serial killer atau serial stalker ke? Argh, ngerinya!

"Lah, Iman tu ke?! Hahah, asal kau tak bagitahu awal-awal? Aku kadang lepak juga dengan dia sebab Ariff selalu keluar pergi main futsal dengan dia. Dia orang member rapat."

"Kalau gini bolehlah aku kenenkan kau orang berdua. Cun, nanti kau ikut aku pergi teman Ariff main futsal. Boleh jumpa dia!" Bodek Dahlia sambil dia menyiku Hani yang sedang berdiri di sebelahnya.

Hani menggeleng sahaja mendengarkan cadangan rakannya itu.

"Tak mahu aku. Duduk rumah lagi seronok. Kau ini dah tahu aku tak keluar malam, boleh pula kau bodek aku."

"Kalau tak nak ikut tak apa... Aku okey aje. Saja bagi cadangan, mana tahu kau nak jumpa dia lagi kan kan kan?" Usik Dahlia pula. Keningnya dijungkit-jungkit.

Hani itu dalam hati saja cakap tak mahu tapi kenyataannya dia mahu.

"Ish, tak ada maknanya!" Bentak Hani kegeraman.

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now